Arabic Reader

Latarbelakang dan Objektif Kursus

Buku ini mengandungi petikan-petikan karangan pendek dengan pelbagai tajuk yang disedut daripada buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh ternama persuratan Arab moden abad ke 19 dan 20 seumpama Taufiq Hakim, Zaki Mubarak, Abbas Mahmud Aqqad, Taha Husein, Mahmud Taimur, Ibrahim Abdul Qadir Mazini, Amin Raihani, Jibran Khalil Jibran, Muhammad Husein Haikal, Mikhail Nuaima, Mustafa Lutfi Manfaluti, Amin Said, Muhammad Sabri, Ahmad Zaki Abu Shadi, Mariette Butrus Ghali, Ahmad Hasan Zayyat dan Salama Musa.  Di samping itu, buku juga menyelitkan tidak kurang daripada 59 peribahasa Arab dengan pelbagai makna dan maksud.

 

Buku ini dibentangkan tanpa baris. Ia membekalkan perbendaharaan kata bagi setiap tajuk karangan pada setiap mukasurat. Di samping itu, penerangan ringkas tentang tatabahasa bagi setiap teks juga diberikan. Kesemua ini menjadikan buku ini amat menarik dan mudah untuk dipelajari.

 

Objektif pengajaran buku ini ialah untuk mendedahkan pelajar kepada tulisan-tulisan penulis terkenal dalam berbagai-bagai bentuk gaya bahasa adabi moden samada dalam bentuk paparan bahasa ilmiah, dialog, cerpen, biografi dan sebagainya.

 

 

  • October 8, 2013
  • Basooir