BAHASA ARAB

Latarbelakang dan Objektif Kursus

Kursus Bahasa Arab Basooir mempunyai objektif yang besar. Ia adalah satu wadah yang disediakan untuk memampukan pelajar menguasai bahasa Arab dalam tiga skill utama iaitu membaca, menulis dan bercakap.

 

Lebih daripada itu ia mempunyai matlamat yang lebih besar iaitu agar pelajar-pelajarnya mampu mengikuti pengajian turath Islam seperti Tafsir, Hadith, Fekah, Sirah, Sastera Arab, Syair dan sebagainya. Oleh itu sukatan yang diatur akan mengikuti tiga peringkat pengajian iaitu Permulaan, Pertengahan dan Lanjutan.

 

Peringkat Permulaan mempunyai objektif seperti berikut:

 

Memperkenalkan kepada pelajar yang baru mempelajari bahasa Arab tiga perkara asas yang merupakan tunjang dalam pembentukan ayat bahasa Arab iaitu:

 

i. Jenis –jenis kalimah
ii. Jenis-jenis frasa
iii. Jenis –jenis ayat

 

Memperkenalkan kepada pelajar kaedah-kaedah asas bahasa Arab melalui tajuk yang disusun secara berperingkat.

 

Memperkayakan pelajar dengan bendaharaan kata bahasa Arab moden dan klasik melalui contoh-contoh ayat yang disusun mengikut peringkat.

 

Memantapkan pelajar kepada struktur jumlah Ismiyyah dengan mempraktikan kaedah-kaedah irab kalimah dan frasa di dalamnya.

 

Memperkenalkan pelajar kepada kata kerja asas iaitu madhi dan mudhari` dengan hukum irabnya, nasab dan jazam.

  • July 8, 2013
  • Basooir