Format Bahasa Arab Basooir

Format Modul

Kursus ini akan disampaikan melalui format-format  berikut:

i. Siri video kuliah – tidak melebihi 30 minit setiap satu video
ii. Nota-nota ringkas dalam bentuk pdf
iii. Latihan dalam bentuk pdf. Jawapan disediakan
iv. Forum perbincangan bersama ahli-ahli Basooir (Akan Datang!)

Jadual Berkala

Pelajaran baru Modul Bahasa Arab, akan dimuatnaik pada hari Selasa setiap minggu.
Pelajar bebas untuk menyusun masa ulangkaji sendiri.

Peserta Sasaran

Bahasa Arab Basooir disusun khas untuk semua peringkat latarbelakang Bahasa Arab pelajar samada :

i. Mereka yang belum lagi mempelajari bahasa Arab
ii. Mereka yang sudah mempunyai asas tetapi tidak lengkap
iii. Mereka yang mampu berbahasa Arab tetapi lemah dalam beberapa aspek nahu dan saraf

Bacaan

Pelajar dinasihatkan agar memiliki buku Bahasa Tatabahasa  Arab Basooir kerana kursus yang disediakan diolah berdasarkan buku tersebut. (Akan Datang!)

 

 

 

  • October 6, 2013
  • Basooir