Reply To: Arabic Grammar

Home Forum Bahasa Arab Arabic Grammar Reply To: Arabic Grammar

#2690
Zaharudin Nawi
Zaharudin Nawi
Keymaster

Bahasa Melayu kita tidak memakai article untuk menentukan samada sesuatu kalimah itu khas atau umum. Bahasa kita memahami perkara tersebut melalui konteks perbualan. So kalau kita sebut pasar dalam tulisan atau perbualan maka kita akan mengetahui ia adalah pasar tertentu atau pasar secara umum melalui konteks atau situasi atau keadaaan, tanpa adanya sebarang tanda.

Namun bahasa lain spt Inggeris dan Arab menggunakan tanda yang dinamakan artikel. Inggeris guna article a, an dan the. Arab pula guna tanwin dan alif lam tak kiralah syamsiyah ke qamariyah ke utk tujuan menyatakan umum atau khusus.

Oleh itu bila perlu menggunakan alif lam atau tidak sama seperti penggunaannya dlm bahasa Inggeris. Kalau kita tidak mahir bahasa Inggeris mungkin susah sikit utk peringkat permulaan.

Disebabkan bahasa kita tidak ada article maka dalam latihan penterjemahan Ustaz mesti tandakan samada ustaz maksudkan pasar itu pasar yang umum atau pasar yg khusus dengan kurungan (nakirah) atau (makrifah). Kadang-kadang kita boleh ganti alif lam dengan perkataan itu atau tersebut. Mungkin ini boleh dipakai utk peringkat permulaan kerana bahasa kita semamangnya tidak banyak menggunakan itu dan tersebut berulang-ulang dalam ayat. Ia akan menjejaskan keindahan bahasa Melayu itu sendiri.

Oleh itu jika pasar yg kita maksudkan itu umum pakailah suq. Kalau bukan umum yakni khas, tertentu, diketahui, dimaklumi oleh samada penutur sahaja atau oleh kedua-dua penutur dan pendengar pakailah al suq. Orang yg menulis itulah sebenarnya lebih mengetahui suq yang jenis mana yang dia maksudkan. So bebaslah kita nak guna yg mana. Tapi dalam kes menterjemahkan Melayu ke Arab sukar utk menentukkan maksud penulis Melayu itu melainkan melalui konteks ayatnya.

Bila lama-lama dah terbiasa dgn uslub ayat Arab maka tahulah kita nanti bila nak guna al atau tanpa al.

Harap-harapnya menjawab soalan

  • November 7, 2013
  • Zaharudin Nawi