Reply To: Kaedah belajar Bahasa 'Arab?

Home Forum Diskusi Umum Kaedah belajar Bahasa 'Arab? Reply To: Kaedah belajar Bahasa 'Arab?

#2888
Zaharudin Nawi
Zaharudin Nawi
Keymaster

Belajar apa-apa bahasapun kaedah bukan matlamat. Kaedah hanyalah terbit melalui pengalaman manusia. Sebelum kitab AlJurmiyah lahirpun dah ada kitab lain yg org guna. Kitab laintu pun dpt melahirkan ramai tokoh yg pandai bahasa Arab. Ada org yg belajar melalui kitab Aljurmiyah dan sebagainya tapi tak pandai-pandai juga Arab. Tak dapat dinafikan ada org yg pandai bahasa Arab dgn hanya menggunaka Aljurmiyah.

Malah madrasah di India guna kitab Parsi utk belajar bahasa Arab walaupun Parsi bukan bahasa ibunda, bukan juga bahasa persuratan dan tidak juga bahasa komunikasi mereka.

Satu lagi kita kena jelas apa yg dimaksudkan dgn pandai bahasa Arab. Pandai nahu ke, saraf ke, irab ke, mengarang ke, bercakap ke, berpidato ke, bersyair ke, menulis syair ke, baca kitab turath ke, baca kitab moden ke…banyak kategorinya kan? Kalau Aljumriah dan Amthilah Tasrifiyah tu kan dua aspek sahaja iaitu nahu dan saraf dari aspek-aspek bahasa Arab yg bermacam-macamtu.

Kelemahan kadang2 bukan disebabkan teknik atau kitab apa yg digunakan. Kdg ia ada kena mengena dgn faktor lain spt sikap,persekitaran, matlamat, kesungguhan, kesabaran dll. So kita boleh pilih kitab dan teknik yg kita suka utk permulaan kemudian kita tambahkan dari semasa ke semasa teknik org lain atau kitab yg org lain gunakan, tak kiralah moden ke klasik ke, pondok ke universiti ke. Janji berterusan menampung kekeurangan yg ada. Tak semua teknik dan kitab dpt menyelesaikan semua perkara. Semuanya dtg dari Allah manusia hanya berusaha.

  • November 29, 2013
  • Zaharudin Nawi