Reply To: Mubtada Nakirah

Home Forum Bahasa Arab Mubtada Nakirah Reply To: Mubtada Nakirah

#2664
Zaharudin Nawi
Zaharudin Nawi
Keymaster

Erti subjek atau mubtada dapat diketahui dengan menggunakan konsep tahu atau tidak tahu. Subjek benda yg hendak diceritakan. Seharusnya benda yg hendak diceritakan telah diketahui oleh pendengar. Oleh itu ia mesti makrifah. Manakala cerita yg hendak dibawa yang merupakan peranan khabar ialah sesuatu yg tidak diketahui oleh pendengar yg perlu didengarinya. Oleh itu ia perlu nakirah atau umum (indefinite). Khabar juga dinamakan hukum kerana pada awalnya mubtada tiada hukum. Maka jadilah kaedah asal mubtada-khabar ialah makrifah-nakirah (makrifah utk mubtada dan nakirah utk khabar). Jika sebaliknya iaitu mubtada nakirah maka ia perlu disusun supaya yg mula kelihatan makrifah walaupun ia adalah khabar. Sebab itu mubtada dicampakkan ke belakang!!!!!

  • November 7, 2013
  • Zaharudin Nawi