Reply To: Pengusaan Nahu

Home Forum Bahasa Arab Pengusaan Nahu Reply To: Pengusaan Nahu

#2770

Askm,

Tidak dapat dinafikan penggunaan buku dalam bahasa Melayu atau Inggeris (berkenaan Nahu Arab) dapat membantu sesaorang itu memahami nahu Bahasa Arab namun ianya amat tidak memadai. Buku-buku seperti ini yang banyak dipasaran mungkin dapat membantu mereka yang sudah mempunyai asas sedikit sebanyak dalam Nahu Bahasa Arab tetapi amat sukar bagi mereka yang langsung tidak mempunyai asas.

Pembelajaran melalui buku sahaja tanpa berguru ibarat berjalan di-lorong yang sehala (one way).Pelajar mungkin tidak faham apa yang cuba disampaikan olih penulis dan peluang untuk mengajukan soalan langsung tidak ada. Apa yang cuba disampaikan olih penulis mungkin disalah tafsir olih pelajar itu sendiri. Contoh-contoh yang diberikan olih penulis juga mungkin tidak mencukupi untuk membuat sesaorang pelajar itu faham apa yang cuba penulis sampaikan.

Dalam senario kita berguru sekalipun kefahaman kita berbeza-beza.Cuma disini kita dapat bertanya dan mendapatkan penerangan yang lebih jelas. Kadang-kadang nak bertanya soalan pun kita tak tahu kerana kurangnya kefahaman kita terhadap sesuatu yang diterangkan olih guru. Malu bertanya juga menjadi satu penyakit dalam menuntut ilmu.

Cubalah kita bayangkan berguru dengan buku. Kita akan membuat kesimpulan mengikut kefahaman kita sendiri yang mungkin berbeza dengan apa yang cuba disampaikan olih penulis.

Bagi mereka yang berjaya menggunakan bahasa Arab dlm pembacaan, penulisan maupun percakapan dengan mengunakan buku sahaja, entahlah tak tahu saya nak kata apa, mungkin anugerah dari Allah yang maha kuasa. Saya sendiri terpaksa menempuh jalan yang susah, jalan dua hala dan saya tetap mengatakan buku sahaja tidak memadai.

Disini saya memuji usaha BASOOIR yang bersusah payah mengujudkan pembelajaran secara online. Pelajar bolih berkomunikasi secara E-Mail dan tanyalah apa-apa yang tidak difahami berkenaan topik2 pembelajaran dan tiada siapa akan melihat kita.

  • November 13, 2013
  • Zulkifli Abu Bakar