Reply To: Pengusaan Nahu

Home Forum Bahasa Arab Pengusaan Nahu Reply To: Pengusaan Nahu

#2756

Askm Ustz.

Ilmu Nahu(B.Arab) adalah satu cabang dari Bahasa Arab itu sendiri. Walaupun ia hanya satu juzuk
namun kepentingannya tidak dapat dinafikan. Bagi saya mengetahui Ilmu nahu amat penting sekali
kerana apabila berlaku perubahan i’rab yakni baris akhir sesuatu kalimah maka maknanya juga akan berubah.Penentu perubahan i’rab ini adalah ilmu nahu itu sendiri.

Seseorang yang alim tentang ilmu nahu tidak semestinya alim dalam Bahasa Arab. Definasi Alim dalam bahasa Arab bagi saya bererti seseorang itu mahir dalam percakapan, penulisan dan gaya bahasa itu sendiri. Maksudnya apabila seseorang itu menggunakan Bahasa Arab, dia seolah-olah menggunakan bahasa Ibundanya sendiri walaupun dia bukan orang Arab.

Setakat mana kita perlu mempelajari nahu bergantung kepada tujuan kita mempelajari Bahasa Arab.Kita sedia maklum dinegara kita terdapat berbagai bentuk penbelajaran Bahasa Arab. Bahasa Arab Komunikasi yang menitik beratkan percakapan dan sudah tentu banyak mengingati mufradaat.
Terdapat juga pembelajaran secara Pondok yang menitik beratkan Nahu dan Saraf. Jadi bergantung kepada tujuan masing-masing.Bagi saya, tujuan belajar Bahasa Arab adalah untuk mudah memahami Al-Quran dan Hadis nabi (saw).Nahu juga dapat membantu untuk menghafal ayat-ayat Al-quran.

Benar jika dikatakan tak pandai Nahu bolih juga menghafal, tapi itu bagi anak-anak dan juga orang
yang kuat daya ingatannya. Bagi orang yang tak kuat ingatan seperti saya dan berada diambang senja
NAHU amat membantu. Setakat mana saya perlu belajar Nahu, saya serah kepada Allah mudah-mudahan
matlamat saya tercapai.

Jika diberi pilihan saya memilih kaya Nahu kerana mufradaat bolih dirujuk kamus dan dikembangkan
lagi dengan pengetahuan Nahu dan Saraf

Wassalam.

  • November 12, 2013
  • Zulkifli Abu Bakar