Reply To: Perkataan ضفدع dalam Bahagian (a) Soalan BA01

Home Forum Bahasa Arab Perkataan ضفدع dalam Bahagian (a) Soalan BA01 Reply To: Perkataan ضفدع dalam Bahagian (a) Soalan BA01

#3074
Zaharudin Nawi
Zaharudin Nawi
Keymaster

Soalan yang sangat baik. Baris-baris yg diberikan oleh Lane semua boleh dipakai. Walaupun ahli nahu dan lughawi terkenal Khalil Ahmad tidak setuju dengan yang ketiga ضِفْدَع tetapi ia diterima oleh lughawi lain sehingga itulah yang menjadi masyhur. Tokoh-tokoh lain yang tidak bersetuju kebanyakkannya mengambil pandangan Khalil. Mungkin itu berdasarkan tatabbu (study) Khalil ttg wazan-wazan isim. Tidak mesti tatabbu (تتبع) seseorang suatu yang final. Maka dengan sebab itu Mujam Wasith kamus yang diluluskan oleh Lembaga Tertinggi Bahasa Arab Mesir masih meletakkan ضِفْدَع sama dengan ضُفْدَع dan ضُفْدُع. Wallahualam.

  • January 8, 2014
  • Zaharudin Nawi