Reply To: Pertanyaan tentang maksud

Home Forum Diskusi Umum Pertanyaan tentang maksud Reply To: Pertanyaan tentang maksud

#3084
Zaharudin Nawi
Zaharudin Nawi
Keymaster

بسم الله الرحمن الرحيم
1-Hadith mauquf dan marfu ada kena mengena dengan hujung rantaian hadith. Jika hujung rantaian berakhir dengan sahabat Nabi saw misalnya Abu Hurairah, Umar, Abu Bakar dan sebagainya maka ia dinamakan mauquf. Jika rantaian berakhir dengan Nabi saw sendiri ia dinamakan dengan marfu. Ia tidak ada kena mengena dengan kesahihan atau kedhaifan hadith. Hadith-hadith ini kemungkinan sahih kemungkinan tidak tertakluk kepada sifat-sifatnya yang lain.
2-Hadith Mursal berkenaan dengan rantaian hadith juga tetapi bukan pada hujung sahabat dan Nabi saw tetapi level selepas sahabat iaitu tabii. Misalnya tabii kata Nabi saw bersabda…… sedangkan beliau tidak mungkin berjumpa atau mendengar daripada Nabi sendiri kerana tidak hidup di zaman Nabi saw. Hadith ini terdedah kepada penolakan walaupun diterima pada sesetengah keadaan.
3. Hadith Matruk berlaku bila ada problem dengan rawi. Rawi ada ciri-ciri bohong di sisi ulama hadith. Dalam istilah usul hadith ia dilabel dengan ciri-ciri ditohmah dengan kebohongan. Hadith semacam ini termasuk dalam kelompok hadith yang ditolak kerana tidak ada rawatan atas kecederaan yang teruk itu.
والله أعلم

  • January 9, 2014
  • Zaharudin Nawi