Reply To: Tahap Pembelajaran Bahasa Arab Orang Dewasa

Home Forum Bahasa Arab Tahap Pembelajaran Bahasa Arab Orang Dewasa Reply To: Tahap Pembelajaran Bahasa Arab Orang Dewasa

#2999

abumuadz
Participant

Kena takrifkan apa yang dikatakan tahap paling berjaya itu?

Sepanjang pemerhatian saya yang dhoif ini, pembelajaran bahasa Arab orang dewasa banyak terbantut sekerat jalan. Terbantut disebabkan oleh masa yang tidak dapat diluangkan atau minat yang menjadi pudar setiap kali mendapat halangan.

Minat belajar juga ada turun naik seperti turun naiknya iman. Ada ketika kita bersungguh, ada ketika rasa lemah sangat nak buka buku.

Alhamdulillah, perjalanan ana dalam belajar bahasa arab ini selama 2 tahun lebih walaupun merangkak2 tetapi bila dah masuk ke dars fi’l rasa keazaman untuk belajar bahasa arab ini kembali membara.

Semoga Allah memberi taufiq & hidayah kepada kita semua.

  • December 26, 2013
  • abumuadz