Al-Quran dan Embriologi

Semua tahap tumbesaran sel embriologi ini sudahpun dirakamkan oleh Al-Quran ketika manusia belum lagi mengenal apa itu mikroskop mahupun ultrasound.


  • March 10, 2014
  • Basooir
  • Blog

Daripada Air Kami Jadikan Kehidupan

Maka tidak hairanlah Al-Quran sejak dahulu kala telah pun dengan jelas menyatakan bahawa setiap kehidupan dijadikan daripada air. Kenyataan Al-Quran tidak bercanggah dengan tahap keilmuan masyarakat ketika ia diturunkan dan tidak juga bertentangan dengan kefahaman ilmu-ilmu moden yang kompleks tentang bagaimana air boleh menjadi sumber kehidupan.


  • March 10, 2014
  • Basooir
  • Blog

Satu Cabaran: Datangkan Satu Ayat Seperti Al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan di dalam suatu bahasa yang mempunyai nilai kefasihan dan kesusteraan yang amat tinggi, mustahil manusia dan jin dapat menciptakan seumpamanya. Sehingga hari ini tiada yang mampu menciptakan sesuatu seumpama Al-Quran. Itulah tanda kemukjizatan Al-Quran. Kenyataan ini boleh dilihat menerusi cabaran Al-Quran terhadap masyarakat pada waktu itu agar mereka mendatangkan ayat seperti Al-Quran.


  • February 12, 2014
  • Basooir
  • Blog

Kota Tiang

Kota Iram, kota kaum `Ad, dikatakan pernah wujud pada suatu ketika dahulu di semenanjung Tanah Arab, di sekitar selatan Yaman dan Oman. Ia adalah kota kaum Nabi Hud as. Namun tiada sebarang catatan ditemui yang boleh dijadikan bukti sejarah tentang kewujudannya kecuali catatan ringkas Al-Quran dan riwayat yang dipindahkan oleh masyarakat badwi daripada mulut ke mulut.


  • February 11, 2014
  • Basooir
  • Blog

Pelbagai Kepercayaan Terhadap Bentuk Bumi

Manusia dahulu kala mempunyai berbagai-bagai kepercayaan terhadap bentuk bumi. Ada yang mempercayai bahwa bumi berbentuk mendatar terapung di atas laut. Ada yang berpendapat bumi terdiri daripada tujuh lapisan tanah yang dinamakan gunung kosmik.

Konsep tentang bumi berbentuk bulat dikenalpasti bermula pada abad yang ke enam Masihi oleh ahli-ahli falsafah Greek dan India. Namun penjelasan tentangnya penuh dengan keraguan dan meninggalkan seribu tanda tanya.


  • February 10, 2014
  • Basooir
  • Blog