Apabila Keburukan Lebih Besar daripada Manfaat

Arak telah dikenali oleh tamadun awal dunia seperti Mesir, China, India, Babylon, dan Greek semenjak beribu-ribu tahun sebelum masihi lagi. Malah penghasilan arak dikatakan bermula semenjak manusia pandai bercucuk tanam dan memelihara binatang. Ia digunakan untuk berbagai-bagai tujuan seperti untuk membangkitkan semangat dalam peperangan, perayaan, upacara keagamaan, perubatan dan sebagai minuman harian.

 

Di zaman pertengahan, produktiviti arak mula pesat berkembang. Secara beransur-ansur ia mula mendatangkan masalah kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah kerajaan Greek ketika itu melarang hakim, pendakwa dan saksi  muncul di mahkamah dalam keadaan mabuk.

 

Perkembangan teknologi moden telah menyemarakkan industri perkilangan arak di serata dunia. Ketagihan arak mula menjadi masalah kesihatan di seluruh dunia. Ia juga mendatangkan gejala sosial dengan memporak-perandakan keluarga dan masyarakat. Kerajaan sesebuah negara terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana terpaksa mengeluarkan belanja untuk mengatasi masalah yang timbul disebabkan ketagihan arak.

 

Itulah mukjizat Al-Quran kerana telah mengharamkan arak secara mutlak walaupun mengakui bahawa arak juga mempunyai kebaikan. Allah berfirman:

“Dan mereka bertanyakan kamu tentang arak dan judi. Katakanlah, kepada kedua-duanya ada banyak keburukan dan beberapa kemanfaatan, namun keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya” [Surah Al-Baqarah, Ayat 219]

Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_alcohol

http://www.alkohol-lexikon.de/ALCOHOL/AL_EN/history.shtml

Quran Saintifik Dr Danial Zainal Abidin.

 

Oleh : Zaharudin Nawi

  • January 20, 2014
  • Basooir
  • Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>