Hari-Hari Terkahir Junjungan Rasulullah

Hari-Hari Terakhir Rasul Junjungan
20 Hari Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
Dua Kali Malaikat Jibril Datang
Untuk Baginda Bertadarus Al-Quran
Tahun 10 Hijrah Kalendar Islam

 

Awal Safar 11 Hijrah
Ke Uhud Berderap Langkah
Mendoakan Para Syuhada
Bagaikan Mengucap Selamat Tinggal

 

Suatu Malam Dipertengahan
Baginda Keluar Ke Baqi’
Sambil Memohon Pengampunan
Untuk Penghuni Perkuburan Baqi’

 

29 Safar Baginda Ditimpa Sakit Kepala
Panasnya Suhu Kesakitan Amat Ketara
Namun Masih Solat Bersama Sahabat-Sahabatnya

 

Minggu Terakhir Sakit Baginda
Dipapah Kerumah Aisyah Isteri Tercinta
Setelah Bertanya Dimana Gilirannya
Isteri-Isteri Merelakan Baginda Memilihnya

 

Berjalin Kaki Kerumah Aisyah
Dipapah Ali Bin Abu Talib Dan Al-Fadl Bin Abbas
Kepala Berbalut Baginda Melangkah
Menghabiskan Minggu Terakhir Dirumah Aisyah

 

Lima Hari Sebelum Wafat,
Tubuh Baginda Bertambah Panas,
Lalu Pinta Baginda Supaya Dimandikan
Dari Tujuh Geriba Air Daripada Perigi Berlainan

 

Setelah Lega Baginda Kemasjid
Memberi Khutbah Kepada Pendengarnya
“Jangan Jadikan Kuburku Sebagai Berhala Yang Disembah”
Sabda Baginda Kubur Jangan Dijadikan Masjid
Sebagaimana Yahudi Dan Nasrani Yang Telah
Menjadikan Kuburan Nabi Mereka Sebagai Masjid

 

Setelah Turun Dari Minbar
Menawarkan Dirinya Untuk Diqisas
Kemudian Baginda Bersabda
Orang Yang Paling Pemurah Ialah Abu Bakar

 

Empat Hari Sebelum Wafat
Tiga Perkara Dipesan Baginda
Pesan Pertama:
Yahudi, Nasrani Dan Musyrikin Hendaklah Dikeluarkan Dari Semenanjung Arab
Pesan Kedua:Melayani Para Utusan Sebagaimana Baginda Melayananinya
Pesan Ketiga Pula Pelbagai Kata Kerana Perawi Terlupa Apa Pesannya

 

Sehari Sebelum Wafat
Semua Hamba Sahanya Baginda Merdekakan
Tujuh Dinar Dalam Simpanan Disedekahkan
Senjata-Senjatanya Diberikan Kepada Orang-Orang Islam
Pada Malamnya Aisyah Meminjam Minyak Pelita Daripada Jirannya
Sebelum Itu Baju Besi Rasulullah Digadaikan
Dengan Bayaran 30 Gantang Gandum Kepada Seorang Yahudi

 

Hari Terakhir,
Dikala Hening Subuh Pagi Isnin
Pabila Sahabat Girang Melihat Rasulullah
Rasulullah Yang Memandang Mereka Disebalik Tabir Yang Disingkap
Kemudian Baginda Masuk Semula Dan Melabuhkan Tirai Tabirnya

 

Setelah Waktu Dhuha Semakin Meninggi,
Rasulullah Membisikkan Ketelinga Fatimah
Lalu Menangislah Dia Kerana Ayahnya Rasulullah
Akan Dijemput Pulang Ke-Rabbnya
Namun Kemudian Dia Ketawa
Setelah Dibisik Kali Kedua
Kerana Dialah Yang Pertama Menyusuli Ayahnya
Dan Dialah Ketua Seluruh Wanita Di Alam Maya

 

Sakit Baginda Bertambah Kuat
Kesan Racun Daging Kambing Di Khaybar
Bagaikan Hendak Putus Urat Tengkok Baginda
Angkara Racun Itu Kata Baginda

 

Detik Terakhir Baginda Bersugi
Dengan Siwak Yang Aisyah Lembutkan
Selepas Bersugi Baginda Pun Kembali
Kembali Kepada Tuhan Selepas Mengucapkan
“pertemukan Daku Dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah”.
3 Kali Kalimah Itu Diulang-Ulang
Tanggal 12 Rabiul Awal
Hari Isnin 11 Hijrah

 

Ya Rasul,
Syafaatkan Kami

 

Ya Allah,
Rahmatilah Kami.

 

  • February 14, 2013
  • Basooir
  • Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>