Kelas Basooir-Pengambilan Sesi Baru

KELAS I'RAxxx

Sejarah Bermula

Pengajian Bahasa Arab di Masjid Subang Perdana ini bermula pada tahun 2009. Ia merupakan kesinambungan daripada pembelajaran Ilmu Nahu dan Saraf Bahasa Arab yang telah diadakan selama setahun di Rehal Kota Damansara yang diajar oleh Ustz Zaharuddin Nawi.

Skop Pembelajaran

Ketika di Rehal Kota Damansara, Pembelajaran Bahasa Arab yang diajar berkisar kepada kaedah-kaedah Tatabahasa,Nahu dan Saraf. Ustaz Zaharuddin telah bekerja keras menyediakan nota-nota sehingga menjadi sebuah buku “Kursus Bahasa Arab” yang mengandungi 4 Jilid sebanyak 50 mata pelajaran. Semasa di Rehal nota yang disediakan sampai ke pelajaran yang ke-12. Manakala 38 pelajaran berikutnya di Subang Perdana. InsyaAllah nota ini akan dijadikan buku dan menjadi bahan rujukan asas bagi pelajar-pelajar beliau dan juga bagi mereka yang mengikuti kursus on-line beliau di basooir.com. Dengan izin Allah jualah, walaupun dalam masa yang singkat buku ini dapat dihabiskan atas ketekunan Ustaz dan juga pelajar-pelajar ketika itu.

Keperluan Memperluaskan Skop Pembelajaran

Setelah menghabiskan silibus tersebut, pelajar-pelajar merasakan keperluan memperluaskan skop pembelajaran tersebut agar ia menjadi satu ilmu yang dapat dimanfaatkan sebagai seorang muslim. Mereka sedar memang agak sukar untuk menutur dalam bahasa Arab itu sendiri (melainkan mereka duduk dalam Komuniti Arab) tetapi ilmu ini sekurang-kurangnya dapat membantu memahami Al-Quran dan Hadith. Inilah tujuan utamanya.Bermula dari sinilah lahirnya Pengajian Bahasa Arab Di Masjid Subang Perdana.

Kitab-Kitab yang digunakan

Kitab Qisasun Nabiyyin karangan Maulana Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi, adalah kitab pertama yang digunakan. Kitab ini mengandungi 5 jilid yang mengesahkan cerita para-para anbiya’. Jilid 1 hingga jilid 4 kesemuanya mempunyai baris. Jilid 5 yang khusus pada sejarah nabi junjungan kita Muhammad (saw) tidak mempunyai baris.Alhamdulillah kesemua kitab-kitab ini telah dikhatamkan. Kesemua kitab tersebut telah diterjemahkan, dibariskan (Jilid 5), dan dipelajari gaya bahasanya (uslub) yang digunakan oleh Maulana Abul Hasan dan juga memperhatikan Nahu dan Iqrabnya. Disinilah pelajar-pelajar dapat mempraktikkan apa yang dipelajari dari “Kursus Bahasa Arab” di Rehal Kota Damansara dahulu dan di Subang Perdana.

Kini setelah tamat kitab Qisasun Nabiyyin, mereka beralih kepada kitab yang lebih besar iaitu “Iqrabul Quranil Karim Wa Bayanuhu” (Iqrabul Quranil karim dan keterangannya). Kitab karangan maulana Muhayyuddin Darwish ini adalah kitab besar yang merangkumi keseluruh 30 juzuk Al Quran yang menerangkan ayat-ayat Al Quran dari segi lughah, Iqrab, balaghah dan faedah-faedahya. Sehingga kini baru sampai ke-ayat yang ke 12 dari surah Al-Baqarah. Keseluruhan kitab ini berbahasa Arab. Methode yang digunakan ialah dengan membaris, membaca, menterjemah dan menghuraikan.

Pada 5/1/2014 pengajian Bahasa Arab Di Masjid Subang Perdana ini akan disambung semula setelah bercuti pada bulan Disember ini. Bagi saudara/i yang berminat untuk mempelajari Bahasa Arab adalah dijemput untuk menghadiri kelas tersebut disepanjang bulan Januari 2014 selama satu bulan. Kelas hanya dijalankan seminggu sekali iaitu pada tiap-tiap hari ahad dari jam 10.00 hingga 1.00 tengahari. Saudara/i boleh melihat sendiri perjalanan kelas tersebut dan menilai sendiri sebelum mendaftar sebagai pelajar.

Bagi yang memilih untuk menjadi pelajar akan diberikan akses pada pelajaran yang terdahulu dalam bentuk video secara berkala. Tiap-tiap pelajaran di-videokan dan boleh didapati di basooir.com dan akses ini hanya diberi kepada mereka yang mengikuti Bahasa Arab Di Masjid Subang Perdana. Saudara/i juga disarankan untuk melayari laman web basooir.com kerana disana terdapat banyak ilmu-ilmu yang bermanfaat yang diberi percuma seperti Mustalah Al Hadith, Daurah Al-Hadith, Sahih Bukhari, Daurah Al-Tafsir, Zad Al-Tholibin dan banyak lagi.

Akhir sekali marilah sama-sama kita berdoa agar kita istiqomah dalam menuntut ilmu dan agar Allah yang Maha Esa memberi kefahaman kepada kita dan menjadikannya satu ilmu yang bermanfaat dalam urusan agama kita,

Wa billahi taufik wal hidayah. Wassalamu a’laikum warahmatullahi wa barakatuh.

 
-Zulkifli Abu Bakar-

 

  • December 18, 2013
  • Basooir
  • Blog

Discuss

Muhammad

Assalamualaikum. Boleh saya tahu sama ada kelas nahu dan saraf masih dijalankan? Jika ya boleh emel saya secara peribadi. Syukran


abusyafiqa

salam, kami dari indonesia mau juga untuk join langganan online basooir. mohon emailkan kpd kami caranya jika mau membayar melalui paypal, hal ini kerana kami kesulitan untuk akses transfer ke bank malaysia. syukron...


Basooir

Salam Akhi Zulkiflee, Kami akan berusaha untuk memohon saluran Kad Kredit ke dalam sistem bayaran kami. Permohonan sebegini memerlukan kelulusan dari Bank Negara. Satu cara bayaran lagi ialah melalui servis Paypal. Kami telah emailkan kepada Akhi Zul cara bayarannya. Harap ini dapat membantu.


akhi zulkiflee

salam mabruk tahniah, bagaimana dapat membantu kami disingapura melalui online sebagai pelajar,mahir membaca dan memahami kitab turath, ana dah cuba join tapi masalah bayaran online hanya utk sekitar malaysia. Harap bantu tksh jika ada peluang masa hadapan Insya'Allah kita mampu kerjasama utk masyarakat kami disini   syukran  



Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>