Kota Tiang

Kota Iram, kota kaum `Ad, dikatakan pernah wujud pada suatu ketika dahulu di semenanjung Tanah Arab, di sekitar selatan Yaman dan Oman. Ia adalah kota kaum Nabi Hud as. Namun tiada sebarang catatan ditemui yang boleh dijadikan bukti sejarah tentang kewujudannya kecuali catatan ringkas Al-Quran dan riwayat yang dipindahkan oleh masyarakat badwi daripada mulut ke mulut.

 

 Catatan Al-Quran dan riwayat lisan masyarakat badwi menjadikan kewujudan kota Iram dikatakan satu misteri atau lagenda. Al-Quran membayangkan kaum `Ad sebagai kaum yang kuat, mempunyai kekayaan dan kemakmuran yang menakjubkan dan akhirnya menerima kebinasaan kerana ketidaktaatan mereka kepada Allah dan Nabi Hud.

 

Kekayaan dan kemegahannya dikatakan diwarisi oleh kaum-kaum Hadramit, Sabean, Minean dan Qatabean yang datang selepasnya. Maka dengan sebab itu tidak hairanlah terdapat catatan penulis-penulis zaman dahulu menggelarkan Yaman sebagai Arabia Felix, Eudaimon Arabia atau Al-Yaman As-Sa`iidah` yang kesemuanya bermaksud `Yaman Yang Makmur`.

 

Pada awal tahun 1990 dunia dikejutkan dengan kenyataan rasmi penemuan bandar lagenda ini yang tertimbus di bawah lapisan pasir yang bermeter-meter tebalnya. Kota atau bandar ini dikenali sebagai Ubar. Oleh itu ia disifatkan oleh pengkaji sejarah sebagai “The Atlantis of the Sands, Ubar”. Penemuan tiang-tiang gergasi yang tinggi di bandar Ubar dan penelitian ke atas jalan-jalan perdagangan lama yang hampir luput kesannya menuju ke bandar Ubar dengan bantuan satelit NASA, menunjukan bahawa bandar Ubar mempunyai sifat sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

 

Al-Quran di satu tempat dalam menyifatkan kaum `Ad telah berkata:

 

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum `Ad?. yaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, yang belum pernah dibangun suatu kota seperti itu dinegeri-negeri lain”.(Al-Fajr:6-8)

 

Kebanyakan mufassir berpendapat perkataan Iram merujuk kepada nama kabilah bagi kaum `Ad. Oleh itu tidak mustahil nama sebenar bandar kaum `Ad ialah Ubar. Al-Quran menyifatkan kaum `Ad sebagai zaatul `imaad bermakna yang mempunyai tubuh kuat dan perkasa. Ia juga boleh bermakna yang memiliki tiang-tiang yang hebat.

 

Penemuan ini adalah satu pengajaran kepada manusia bahawa Al-Quran tidak membawa berita bohong. Jika kenyataan Al-Quran tidak dapat difahami ianya hanya disebabkan manusia memiliki ilmu yang terbatas.

 

Oleh: Zaharudin Nawi

  • February 11, 2014
  • Basooir
  • Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>