Panduan Langganan Basooir (Video)

Selamat Hari  Raya!

Alhamdulillah, bersempena dengan sambutan ‘Eidul Adha ini Basooir melancarkan pakej langganan kami yang terbaru yang merangkumi akses ke modul-modul Bahasa Arab sususan Maulana Zaharudin Nawi.

 

Untuk peringkat permulaan pakej tertumpu kepada pengajian intensif Tatabahasa Bahasa Arab yang disokong oleh beberapa modul Qiraat untuk membantu menambah perbendaharaan kata dan kemahiran bacaan. Silibus penuh pengajian Tatabasa Arab digubah dengan kemas hasil pengalaman Maulana selama 15 tahun belajar di Darul Uloom Deoband India. Ia mencakupi keseluruhan topik-topik pengajian Bahasa Arab yang utama bermula dari Asas Huruf hinggalah ke peringkat mengenal bait-bait syair Arab.Sejak 7 tahun lalu Maulana mula mengemaskini nota-nota untuk pengajian Bahasa Arab. Segala kesukaran yang beliau tempuhi ketika belajar dahulunya dianalisis kembali kemudian ditambahbaik ke dalam nota. Hasilnya, lengkaplah satu wadah yang diabadikan dalam pengajian Basooir ini.

 

Modul Qiraat menampilkan bahan bacaan termashyur di madrasah-madrasah dan Institusi Pengajian Islam terkemuka dunia! Kitab-kitab karangan Syeikh Maulana Abul Hasan Ali seperti Qisasun Nabiyin dan Al-Qiraat Al-Rashidah terbukti menjadi pilihan sesiapa sahaja yang mula berjinak-jinak dengan pengajian Bahasa Arab secara serius. Selainnya, antologi petikan sastera Arab hasil penulisan sasterawan-sasterawan terkenal seperti, Taufiq Hakim, Zaki Mubarak, Taha Hussain, Jibran Khalil Jibran dan banyak lagi terkumpul dalam kitab Arabic Reader karangan Chaim Rabin, seorang professor bahasa semitik. Kesemua ini terkandung dalam Modul Qiraat Basooir. Pengajian akan menitikberatkan skil-skil bacaan teks Arab menerusi proses pengkayaan vokab, sintaksis seterusnya penterjemahan. Juga di dalam modul ini ialah pengajian Saraf dan Analisis Teks Moden yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

 

Langgangan Basooir

Pengajian Basooir disampaikan dalam bentuk strim video berdefinisi tinggi. Pelajar boleh memilih untuk melanggan secara bulanan atau tahunan dengan harga yang berpatutan dan akan diberi akses kepada semua modul Bahasa Arab. Video baru setiap modul akan dimuatnaik secara berjadual setiap minggu. Ini bermakna pelajar akan mendapat sekurang-kurang 6 video baru setiap minggu, iaitu hampir satu video setiap hari! InsyaAllah, kami yakin modul pengajian kami mampu membantu sesiapa sahaja menguasai Bahasa Arab dengan baik. Malah nota-nota berkualiti tinggi juga boleh menjadi bahan rujukan pelajar-pelajar senior.

 

Jemput layari video-video demo pengajian Basooir di laman web dan Facebook kami. Sila ikuti video berikut sebagai panduan sebelum melanggan.

 

 

Selamat belajar dan semoga sentiasa dirahmati Allah!

 

 

 

Cara Pembayaran:

 

  • October 15, 2013
  • Basooir
  • Blog

Discuss

Zaharudin Nawi

Kalau belum belajar bahasa Arab mulakan dengan Tatabahasa Arab (BA). Jika sudah ada asas boleh belajar BA dengan Qisasun Nabiyin (QN).


ARIF

salam, tuan. saya baru sahaja mendaftar sebagai ahli, terlalu banyak modul. saya tak yahu nak mula dari mana, ada tak panduan untuk ahli baru? jazakallah.



Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>