Pelbagai Kepercayaan Terhadap Bentuk Bumi

Manusia dahulu kala mempunyai berbagai-bagai kepercayaan terhadap bentuk bumi. Ada yang mempercayai bahwa bumi berbentuk mendatar terapung di atas laut. Ada yang berpendapat bumi terdiri daripada tujuh lapisan tanah yang dinamakan gunung kosmik.

 

 Konsep tentang bumi berbentuk bulat dikenalpasti bermula pada abad yang ke enam Masihi oleh ahli-ahli falsafah Greek dan India. Namun penjelasan tentangnya penuh dengan keraguan dan meninggalkan seribu tanda tanya. Konsep ini kemudian dimajukan oleh ahli falsafah Greek seperti Pythagoras, Aristotle dan Ptolemy. Manakala di pihak India ialah pakar astronominya, Aryabhata kira-kira sekitar tahun 476-550 selepas Masihi.

 

Pandangan tentang bumi berbentuk bulat juga diketengahkan oleh saintis-saintis Islam seperti Al-Farghānī dan Al-Biruni. Ramai di kalangan ulama Islam seperti Ibn Hazm, Ibn Jauzi dan Ibn Taimiyyah mengatakan bahawa bentuk bumi sebagai bulat ialah suatu perkara yang disepakati atau ijma` di kalangan ulama`.

 

Bukti klasik model bumi berkeadaan bulat ialah dengan melihat keadaan kapal di lautan.  Apabila kapal semakin jauh bahagian bawahnya semakin tidak kelihatan mengambarkan ia menuju suatu lengkungan.

 

 Walaubagaimanapun saintis Greek, India dan Islam memperlihatkan kejituan bentuk bumi sebagai bulat menerusi berbagai-bagai kaedah matematik seperti melalui ukuran geometri, latitude, longitude dan geodesik. Dengan cara ini mereka berjaya menganggarkan ukur lilit bumi. Malah ketepatan ukuran yang dilakukan oleh mereka hampir menyamai ukuran moden hari ini.

 

Dengan kemajuan teknologi angkasa dan perkembangan satelit bentuk bumi tidak lagi menjadi subjek perdebatan kerana ia boleh dibuktikan dengan melihatnya dengan mata kasar.

 

Yang uniknya ialah Al-Quran melalui seorang Rasul sudahpun mengambarkan kepada manusia dengan tepatnya bahawa bumi sememangnya bulat walaupun Rasul itu bukan daripada kalangan bijak pandai tentang ilmu astronomi. Firman Allah SWT: “Dan dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Kesemuanya beredar dalam falaknya (bulatan peredaran)” (Al-Anbiya: 33)

 

Oleh kerana malam dan siang adalah fenomena bumi maka mustahil malam dan siang dapat beredar dalam bulatan peredaran jika bumi bukan bulat.

 

Rujukan:

Quran Saintifik Dr Danial

Mukjizat Ilmiyah Dlm Al Quran- Muhammad Kamil Abdul Samad

http://en.wikipedia.org/wiki/Spherical_Earth

 

Oleh : Zaharudin Nawi

  • February 10, 2014
  • Basooir
  • Blog

Discuss

Cikgu Rahim

Tak setuju. Kita patut kekalkan manhaj tafsir bil ma'thur..



Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>