Surah At-Tariq (The Night-Comer)

Surah At-Tariq  (The Night-Comer-Yang Muncul di Waktu Malam)

Surah Makiyyah:17 Ayat

Diturunkan sesudah Surah Al-Balad

Munasabah Antara Surah

1) Dengan Surah Sebelum: Surah Al-Buruj

-Kedua-dua surah dimulakan dengan menyebut langit

– Dalam Surah Al-Buruj disebutkan bahawa Al-Quran itu dijaga dan dipelihara oleh Allah daripada sesuatu yang merosakkannya, manakala Surah At-Tariq menerangkan bahawa AlQuran adalah pemisah antara hak dan batil.

2) Dengan Surah Selepas:Surah Al-‘Ala

– Surah At-Tariq diterangkan tentang penciptaan manusia dan diisyaratkan tentang penciptaan tumbuh-tumbuhan

– Manakala dalam Surah Al-‘Ala diterangkan bahawa Allah menciptakan alam dengan ukuran-ukuran tertentu.

TAFSIRAN AYAT 1-4

وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ (1)Demi langit dan demi yang muncul diwaktu malam

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ (2)Tahukah engkau apakah yang muncul diwaktu malam itu?

النَّجْمُ الثَّاقِبُ (3)Itulah bintang terang yang menembusi kegelapan malam

إِنْ كُلُّ نَفْسٍ لَمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ (4)Tiada suatu jiwa melainkan diawasi penjaganya

Ayat pertama surah ini dimulakan dengan sumpah Allah dengan langit dan “TARIQ”. Tariq bermaksud yang muncul diwaktu malam iaitu bintang. Bintang biasanya hilang diwaktu siang dan muncul diwaktu malam. Erti “Tariq” telah dinyatakan didalam ayat ke3 sebagai bintang terang yang menembusi kegelapan malam setelah ditanya pada ayat ke2. Al-Quran tidak memperincikan jenis bintang ini, justeru ia boleh diaplikasikan kepada segala jenis bintang. Sufiyan Ibn Uyainah menyatakan bahawa di dalam Al-Quran jika disebut ” وَمَا أَدْرَاكَ” Rasul diberitahu tentangnya, manakala jika disebut “ما يدريك” Rasul tidak diberitahu tentangnya seperti dalam ayat { وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ الساعة قَرِيبٌ } [ الشورى : 17 ]. Ayat ke4 merupakan subjek kepada objek yang digunakan dalam sumpah Allah tadi.Ayat ke4 terdapat satu penegasan bahawa tiada suatu jiwa pun melainkan ada penjaga yang mengawasi, memerhati dan memeliharanya. Disini tidak dinyatakan siapa yang dimaksudkan dengan “hafiz” itu. Para ahli Tafsir berbeza pendapat dalam menyatakan maksud “hafiz” itu kepada dua pendapat iaitu pertama Allah dan kedua malaikat.

Apakah yang diawasi oleh penjaga itu? Pendapat pertama menyatakan yang diawasi oleh penjaga itu ialah segala amalan yang direkodkan oleh malaikat. Pendapat kedua menyatakan yang diawasi oleh penjaga itu ialah amalan, rezeki dan ajal. Pendapat ketiga:musibah, kecelakaan dan kemalangan yang tidak berlaku melainkan dengan taqdir ketentuan Allah. Pendapat keempat:Menjaga jiwa hingga kekubur.

TAFSIR AYAT 5-7

فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ (5)

خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ (6)

يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ (7)

Manusia hendaklah melihat asal kejadian dan penciptaaannya. Manusia diciptakan dari air mani yang memancut keluar antara tulang sulbi(lelaki) dan tulang dada(perempuan). Jika kita menganalisa surah ini dengan teliti, kita dapati ayat diatas tidak menyebut “lelaki” atau “perempuan”. Justeru ia boleh membawa maksud air itu keluar dari seluruh badan yang boleh difahami melalui organ utama dari depan dan belakang.

TAFSIR AYAT 8-10

إِنَّهُ عَلَى رَجْعِهِ لَقَادِرٌ (8)

يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ (9)

فَمَا لَهُ مِنْ قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ (10)

Tuhan yang mencipta dan memelihara manusia juga berkuasa menghidupkan kembali manusia selepas mati atau memulihkannya hidup kembali selepas reput dan hancur. Pada hari kebangkitan semula, hati manusia akan diperiksa dan terdedahlah segala rahsia hatinya. Dan ketika itu tidak ada sebarang kekuatan dan penolong.

TAFSIR AYAT 11-14

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ (11)

وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ (12)

إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ (13) وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ (14)

TAFSIR AYAT 15-17

إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا (15) وَأَكِيدُ كَيْدًا (16) فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا (17)

Rujukan:
Maariful Quran

Fi zilal Al-Quran

Terjemahan AlQuran

Tafsir Mafatih AlGhaib
Posted by zenaida at 11/27/2009 12:33:00 AM

  • February 18, 2013
  • Basooir
  • Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>