IA53 Balaghah Ayat 31-33

Pelajaran Irab Quran siri ke-53 minggu ini menyentuh tentang unsur-unsur Balaghah yang terdapat dalam ayat 31-33 daripada surah Al-Baqarah. Iaitu ciri-ciri Thibaq (طباق) pada lafaz seperti سموات dan أرض begitu juga تبدون dan تكتمون. Ahli Balghah juga menamakannya sebagai tadhad (تضاد) atau takafu` (تكافؤ). Ciri-ciri ini menambahkan keindahan susun makna Al-Quran yang menggabungkan dua lafaz yang berlawanan di satu tempat. Semoga pengajian ini dapat menambahkan maklumat kepada kita tentang kemukjizatan al-Quran dari sudut bahasa.


  • March 17, 2015
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Tafaqquh

FK07 Yahudi Menyembunyi Ayat

Pelajaran Fauzul Kabir minggu ini berkenaan dengan penyembunyian Yahudi terhadap ajaran Taurat.


  • March 17, 2015
  • Basooir
  • Lesson

Modul Premium

AR41 Prinsip Nasionalisme Arab

Pelajaran Arabic Reader (AR41) adalah berkenaan dengan tajuk “Prinsip atau Dasar Kebangsaan Arab”. Ia adalah petikan daripada lapuran muktamar pelajar-pelajar Arab di Eropah yang diadakan di Brussel pada tahun 1938 yang merupakan tahun-tahun kebangkitan semangat kebangsaan di merata dunia. Dalam petikan ini diberikan takrif Arab, Watan, Kebangsaan Arab dan Gerakan Arab. Petikan ini bertujuan untuk kayakan perbendaharaan kata pelajar yang menyentuh tentang isu-isu kebangsaan. Semoga video ini dapat membantu meningkatkan skill pembacaan pelajar untuk meneroka penulisan arab moden.


  • March 17, 2015
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Langganan

Modul Premium

QN49 Selepas Adam

Pelajaran َQisasun Nabiyyin Lil Atfal (QN49) jilid yang kedua memaparkan kisah apa yang berlaku selepas Adam as. Allah telah memberkati zuriat Adam as. Mereka semakin ramai dan bertebaran di atas muka bumi. Mereka mula mendiami kampung-kampung dan pekan-pekan. Mula bercucuk tanam. Mereka masih mengikuti agama bapa mereka Adam as. Mereka menyembah Allah dan tidak mensyirikannya. Mereka umpama umat yang satu. Bapa mereka satu. Tuhan mereka satu.


  • March 17, 2015
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Tafaqquh

MA07 – Huruf Jar 05 كاف ومذ ومنذ ورب وواو القسم وحاشا وخلا وعدا

Pelajaran “Syarah Miatu Amil” siri ke-7 minggu ini menyentuh tentang amil harf jar yang terdiri daripada (ك), (مذ), (منذ), (رب), (واو), (حاشا), (خلا), dan (عدا). Selain ia mempunyai makna khusus huruf-huruf jar ini juga mempunyai fungsi yang lain. Semoga pelajaran ini menjadi batu loncatan untuk meneroka ilmu bahasa arab yang lebih luas.


  • March 17, 2015
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Tafaqquh