Balaghah Ayat 23-24

  • April 29, 2014
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Tafaqquh

Discuss

iwani

Jazakallahu khairan kasiran ustaz. Jawapan ustaz buat saya buka buku Formula Solat Sempurna by UZAR. Saya teruja dgn info mazhab Hanafi yg ustaz kongsikan

Untuk soalan saya, saya minta maaf kerana soalan saya kurang jelas dan insyaAllah saya sudah mendapat jawapan dari jawapan ustaz dan bila ulangkaji sedikit dari buku UZAR 

Saya sertakan kesimpulan saya untuk bacaan yang lain. Ustaz betulkan jika saya tersilap ye

  1. Dalam mazhab Syafie, bacaan surah lain selepas surah Al Fatihah adalah sunat
  2. Dalam Al Quran, surah mempunyai sekurang-kurangnya 3 ayat
  3. Jika kita pilih untuk membaca surah lain selepas Al Fatihah, seelok-seloknya bacalah surah yang full (jika panjang surah bersesuaian dengan kita), dan jika kita nak ambil dari surah yang panjang, bacalah sebanyak ayat yang mampu dan yang diingati misalnya:
    • saya suka membaca ayat 285-286 dari surah Al Baqarah sebab saya belum mampu menghafal ayat 284 untuk mencukupkan 3 ayat.
    • dulu, saya membaca Ayatul Qursi sahaja (ayat 255) tapi setelah berjaya hafal ayat 256, saya mula membacanya sekali
  4. ​Walaupun bacaan kita tak cukup 3 ayat (untuk menjadikan ianya 'surah'), kita berbalik kepada "dalam mazhab Syafie, bacaan surah lain selepas surah Al Fatihah adalah sunat"

Wallahua'lam

Semoga Allah SWT mengampunkan saya jika saya sering sangat bertanya soalan-soalan yang kurang patut kepada guru-guru saya. Semoga Allah SWT luruskan niat saya ketika menimba ilmu dengan bertanya soalan hanya apabila saya benar-benar ikhlas nak mengetahuinya dan mengamalkannya. Aamiiinnn...


Zaharudin Nawi

Daripada mana anti dapat maklumat tentang membaca surah selepas Al-Fatihah itu wajib? Sebenarnya menurut mazhab Hanafi terdapat perbezaan antara wajib dan fardu. Fardu dalilnya qati` manakala wajib dalilnya zanni. Mazhab Syafie mengatakan wajib dan fardu adalah sama. Jadi mengikut Hanfi fardu membaca satu ayat sekurang-kurangnya dalam solat. Manakala membaca fatihah wajib. Dalil fardu ialah dalil Quran فَاقْرَأُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ. Manakala wajib fatihah pula dalil hadith لا صلاة إلا بفاتحة الكتاب. Mungkin Nu`man Ali menyebut tentang ini kerana kebanyakan Pakistani bermazhab Hanafi.


iwani

Assalamualaikum ustaz, saya cheating sikit malam ni dan saja jalan-jalan tengok video silibus senior dari tahap saya. Nak tanya ustaz something since haritu ada terfikir hal ni. Dalam video ni, a surah must be at least 3 ayat kan. When we solat and kena baca additional surah lepas Al Fatihah, is it wajib untuk baca 3 ayat? Atau if let say 2 ayat yang panjang pun dah okay? (eg: 2:285-286)



Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>