Balaghah Ayat 25

 

Pengajian Irab Quran Sheikh Darwish siri ke-46 masih berbicara tentang ayat 25. Beberapa pendetailan telah dibahaskan seperti.
-pengulangan masalah irab kalimah كلما
– masalah badal pada frasa jar majrur
-jumlah sebagai kata sifat dan juga hal.
-huruf ma`ani


Begitu juga perbahasa tentang ilmu balgahah dan noktah-noktah pelik dalam ilmu nahu seperti:
-perbahasan tentang majaz mursal
-perbahasan tentang tashbih baligh
-penghazafan huruf jar menjadikan kata nama berkeadaan nasab.
-masalah kesesuaian mausuf jamak dengan kata sifatnya. Apakah perbezaan penggunaan Al-Quran dengan selain Al-Quran dalam bab ini.

Beberapa pembetulan terhadap kesalahan huraian pengajar juga dimuatkan kerana tidak membuat persediaan yang cukup dalam perbincangan tersebut.
 

  • May 28, 2014
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Tafaqquh

Discuss

Basooir

RALAT

start: 1:42:17.7 Ayat 25, mukasurat 73, bermula pada baris ke-9 perbahasan tentang أَنَّ

 

start: 1:43:51.2 Jarir hidup di zaman Bani Umayyyah: Syair ini adalah daripada qasidah Jarir mencela musuhnya yang juga seorang penyair iaitu Akhtal yang merupakan seorang Kristian.

Terjemahan syair: Kamu semua melalui kampung itu sedangkan kamu tidak tunduk hormat. Jika begitu maka haram ke atas aku untuk bercakap dengan kamu.
عاج يعوج tunduk, condong

 

start: 1:47:17.8 Ralat contoh pertama: bukan أنَّ anna masdariah tetapi أَنْ an masdariyah tanpa tashdid. Yakni suqut an masdariyah. Contoh gugur harf jar sebelum أن masdariyah ialah ayat أَوَ عَجِبْتُمْ أَن جَآءَكُمْ ذِكْرٌ مِّن رَّبِّكُمْ
Asalnya didahului oleh harf من iaitu
 من أَن جَآءَكُمْ kerana kata kerja عَجِبْتُمْ memakai silah من.

 

start: 1:48:37.8
Contoh huruf jar yang dihazafkan sebelum أَنَّ musyabbahah bil fi`il ialah ayat:
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا هُو
Seharusnya بِأَنَّهُ dengan ba kerana kata kerja شَهِدَ memakai silah ب.



Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>