Daftar Pelajar Malaysia di India 1947-1990an

 

Oleh : Dr. Faisal Ahmad Shah

(Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya)

 

Artikel ini membincangkan tentang Institut Pengajian Tinggi Islam di India yang menjadi pusat pengajian pelajar Malaysia sejak 1947. Selain dari al-Haramayn di Makkah dan Madinah, al-Azhar di Cairo, India juga dianggap sebagai salah satu pusat pengajian untuk melanjutkan pengajian mereka dalam lapangan Pengajian Islam. Dua institusi Islam terkemuka di India adalah Darul ’Ulum Deoband dan Darul ’Ulum Nadwat al-’Ulama. Analisis ini adalah berdasarkan dokumen pendaftaran pelajar Malaysia

 

di India yang dipelihara oleh Arkib Negara Malaysia. Dokumen ini mengandungi maklumat pelajar Malaysia yang telah berdaftar sebagai ahli Persatuan Pelajar Malaysia di India. Analisis ini akan memfokuskan pada bilangan pelajar Malaysia bermula dari tahun 1947 hingga 1990, tempat kelahiran di Malaysia, tahun mereka sampai ke India, nama institusi mereka di India, faktor mereka melanjutkan pengajian di India, dan pengenalan kepada beberapa ulama dan ilmuan Malaysia yang dilahirkan institusi ini. Pencarian ini akan memberi manfaat kepada pengkaji dalam memberi pandangan umum tentang kepentingan institusi pengajian Islam India dan signifikannya dalam menghasilkan ilmuan Malaysia yang berkualiti dalam bidang pengajian Islam.

 

Petikan dari artikel:

 

…Daftar ini mengandungi maklumat pelajar-pelajar Malaysia di India bermula dari tahun 1947 sehingga 1990. Ia mengandungi maklumat 600 orang pelajar yang mendaftar sebagai ahli Persatuan Pelajar Malaysia di India. Ia merangkumi nama pelajar, nama penjaga di Malaysia, nombor pasport, tarikh lahir, alamat di Malaysia, tarikh sampai ke India, tempat tinggal di India, tempat pengajian di India, tanggungan perbelanjaan, jurusan yang dipelajari, tempoh masa belajar di India, tarikh menjadi ahli persatuan dan nombor sijil keanggotaan. Pada asalnya daftar ini disimpan oleh Persatuan Pelajar Malaysia di India. Ia kemudiannya  dihantar pulang oleh Ustaz Zaharudin Nawi kepada Ustaz Azhar Abdul Satar. Ustaz Azhar Abdul Satar kemudiannya menyerahkan dokumen tersebut untuk simpanan Arkib Negara…

 

Download PDF Artikel penuh di sini

Dr Faisal - Pelajar Malaysia Deoband

 

  • September 10, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Penyelidikan

Discuss

abdulrahim

masyaallah


Irhamuddin

assalamualaikum wr.wb posting ini sangatlah bermanfaat bagi saya dalam ta'lim bahasa arab di madrasah



Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>