Makna Lughawi سوآء dan غِشَاوَة

 

سوآء ialah isim dengan makna masdar  iaitu استواء (bererti persamaan). Apabila berada di tempat masdar maka ia tidak lagi ditasniahkan atau dijamakkan kerana mempertimbangkan makna asli masdar. Contohnya seperti kata-kata orang arab,  هما سواء    dan  هم سواء. Kadangkala jika mereka inginkan tasniah maka mereka menggunakan isim yang lain sebagai lafaz musanna iaitu سيّان. Tapi jika makna masdar tidak dipertimbangkan maka mereka mentasniahkan سوآء seperti biasa menjadi سواءان. Juga dikiaskan jamaknya menjadi أسواء. Malah ada beberapa lafaz jamak yang tidak  mengikut kaedah tetapi diambil daripada kalam yang lazim digunakan oleh masyarakat Arab. Contohnya  mereka mengatakan, هم سواسٍ  dan هم سواسية yang kedua-duanya bermakna  هم مُتَسَاوُونَ atau juga boleh dipakai untuk tasniah seperti  هما مُتَسَوِيَانِ (kias daripada bab تَسَاوَى).

 

Dari segi makna سواء bermaksud “adil atau pertengahan di antara dua sempadan”. Hal ini disokong oleh penggunaan kata-kata orang Arab seperti  ضَرَبَ سَوَاءَه (Dia memukul di tengahnya) dan سواء النهار (tengahari).

 

Jika terdapat hamzah taswiyah (hamzah penyamaan yakni yang menyamakan dua hal) selepas سواء, maka mestilah selepas itu digunakan  ام yang diletakkan antara dua isim atau dua fi`il. Contoh dua fi`il seperti dalam ayat di atas. Manakala contoh dua isim seperti سَوَاءٌ لَدَيَّ أَ هو زيْدٌ  أَمْ عمْروٌ Sama sahaja di sisi saya samada ia Zaid atau Amr.

 
 

Tetapi jika tiada hamzah taswiyah hukum berikut digunakan:

 

i)  di antara dua kata kerja – gunakan ‘ataf أو

 

contohnya:

سواء عليّ قمت أو قعدت

 

ii) di antara dua isim (masdar) – boleh digunakan kalimah ataf و atau أو .

 

contohnya:

سواء عليّ قيامك و قعودك

 

atau

سواء عليّ قيامك أو قعودك

 

غشاوة berwazan فِعالة daripada kata kerja فَعَّلَ iaitu  غشّاه atau sulasi mujard غَشِيَهُ bermakna melitupi sesuatu. Bentuk  فِعالة digunakan untuk menunjukkan melitupi sesuatu seperti عِصَابَة pembalut luka,dan عِمَامَة serban kerana ia membalut kepala. غِشَاوَةٌ boleh dibaca غُشَاوَة dan غَشَاوَة .

  • July 26, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>