Al-Kitab Yang Agung

 

Dari sudut balaghah, terdapat beberapa ilmu yang akan dihuraikan.
 
1. Ta`rif atau Ma`rifahnya الكتاب – Perkataan الكتاب dengan alif lam (ال) bertujuan untuk membesarkan atau mengagungkan perkara yaang hendak dibawa oleh kitab tersebut.  Asalnya perkataan كتاب masdar berwazan فعال  sebagaimana firman Allah Ta’ala di tempat lain:كِتَابَ اللهِ عَلَيْكُم - Surah An-Nisa:24. Namun kemudian ia juga digunakan untuk merujuk kepada buku atau kumpulan tulisan-tulisan.
 
2. Taqdim (mendahulukan) : Dalam ayat لا ريب فيه perkataan ريب didahulukan sebelum jar majrur iaitu فيه; Sebutan ريب ini didahulukan bertujuan mengutamakannya. Kebiasaanya untuk mengutamakan sesuatu perkara, ia akan diletakkan di hadapan seolah-olah kenyataan itu benar-benar berada di hadapan pendengar.
 
3. Menggantikan masdar هُدًى di tempat kata sifat  ٍهَاد yang merupakan isim mushtaq iaitu ذلك الكتاب لا ريب  فيه هاد. Natijahnya ia akan memberi makna yang lebih mendalam dan berkekalan kerana masdar mempunyai makna mubalaghah.
 
4. Majaz Mursal (المجاز المرسل) : Dalam firman (هدى للمتقين); petunjuk bagi orang-orang bertaqwa. Maksud majaz mursal ialah alaqah (علاقة) yang disebut bukan mushabahah (مشابهة). Dalam kes متقين dalam konteks ayat ini bukan hakiki kerana Quran memberi petunjuk kepada orang belum lagi mutaqqin. Oleh itu ia menjadi petunjuk kepada `orang yang hendak menjadi takwa` yang disebut sebagai ما يؤول أليه. Ungkapan ما يؤول إليه adalah alaqahnya, bukannya mushabahah yang merupakan kebiasaan alaqah bagi tashbih. Oleh itu, orang yang bertakwa yang dimaksudkan di sini ialah secara majaz bukan secara hakiki. Bermaksud, petunjuk diberikan kepada orang yang berusaha untuk sampai kepada tahap orang yang telah bertaqwa.
 
5. Ijaz(الإيجاز) -(Mengumpulkan makna yang banyak dalam kata-kata yang sedikit dengan jelas dan fasih):
Pada sebutan المتقين; yang berasal daripada kata akar وَقَى يَقِى dan masdarnya وِقَايَة (hal berjaga-jaga). Di mana وقاية merupakan isim jami’ yang merangkumi segala perkara berhubung hal berjaga-jaga (memelihara diri dari dosa) yang wajib ditaati oleh seorang yang bertakwa.
 
6. الاستعارة التصريحية التبعية Isti`arah Tasrihiyah Tab`iyah - Dalam Firman-Nya : (على هدى)
 
‘Keadaan orang muttaqin, متقين,” (mushabbah) ditashbihkna atau diserupakan dengan “keadaan orang yang berada di atas belakang kudanya” (mushabbah bihi). Kemudian dihazafkan `Keadaan orang muttaqin, متقين,` yang merupakan mushabah. Kemudian dipinjamkan lafaz  على pada mushabbah bihi untuk menggambarkan istila`.
Kata على dengan jelas digunakan kerana ia sesuai untuk membawa makna `menguasai sesuatu` yakni isti`l . Iaitu untuk menjelaskan bahawa sesuatu perkara yang disebut dahulu daripada على mestilah kedudukannya melebihi darjatnya daripada yang terletak selepas kedudukan على
 
Contohnya
 
1. زيد على السطح (Zaid di atas bumbung)
2. عليه دين - Bermakna kekalnya bebanan hutang seolah-olah hutang itu menunggang atasnya dan menanggungnya.
 
Lafaz istia’rah yang digunakan di sini ialah harf dan menjadikan maknanya lebih halus dan seni.
 
Dari sudut yang lain اولئك على هدى menunjukan hubungan yang kuat antara اولئك yakni yang mendapat petunjuk (مهدي) dengan هدى sepertimana terdapatnya hubungan yang rapat antara sesuatu yg duduk di atas (مستعل) dengan yang didudukinya (مستعلى عليه). Oleh itu lahirlah pentashbihan dengan alaqahnya (علاقة) tamakkun (تمكن) yakni diam di suatu tempat. Hubungan مستعل dengan مستعلى عليه lebih umum atau bersifat kulli. Termasuk dalamnya ialah hubungan مهدي dengan هدى . Oleh itu ia dikatakan juzi. Kemudian lafaz على  digunakan yang mewakili kedua-dua pihak iaitu (1) ia juzuk kpd mushabah bihi dan (2) ia juga kepunyaan atau juzuk mushabbah. Hubungan mereka ini dipanggil  Istia’rah Tasrihiyyah Tab`iyyah.
Contohnya seperti Syair Karimah
 
 
لسنا وان أحسابنا كرمت يوما على الاباء نتكل
 
Kami tidak bergantung suatu hari pun kepada orang-orang tua kami walaupun keturunan kami mulia.
  • July 24, 2013
  • Basooir
  • Lesson

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>