Irab: Ayat 1-5 Surah Al-Baqarah

 

(الم - (الم adalah satu jenis kalimah yang ingin ditonjolkan oleh Al-Quran tentang lafaznya sahaja dan bukan maknanya kerana maknanya tersembunyi. Ia berada pada kedudukan rafa’ kerana ia adalah khabar milik mubtada yang dihazafkan, iaitu : هذه ألم (Ini adalah alif lam mim)
 
(ذلك) - ialah ‘isim isyarah’ pada kedudukan rafa’ kerana ia mubtada’. Huruf Lam (ل) yang ada pada ذلك pula untuk menunjukkan kejauhan atau sesuatu yang jauh. Huruh kaf (ك ) menunjukkan kamu ( yang berada di hadapan iaitu kata ganti nama diri ke-2)
 
(الكتاب) – ialah ‘khabar’ kepada ذلك. [Oleh itu ذلك الكتاب suatu ayat lengkap]. Dari segi makna, adalah lebih utama menjadikannya sebagai ‘khabar’ daripada menganggapnya sebagai ‘badal kepada isim isyarah’. [Jika الكتاب menjadi badal maka ذلك الكتاب  bukan ayat. `Ayat` layak dijadikan `dakwaan` manakala `bukan ayat` tidak layak]. Pemilihannya sebagai khabar ini kerana yang dimaksudkan dengan kitab ialah satu perkhabaran untuk menceritakan bahawa الكتاب ini adalah sebuah kitab suci yang selayak pada namanya sebagai penyokong kepada sifat tahaddi  (cabaran) Al-Quran terhadap kesasteraan Arab Jahiliyah.
Oleh kerana ia adalah ‘jumlah ibtidiyah’ maka ia dikatakan `tidak berada dalam keadaan I’rab = la mahalla laha mina l-i`raab`. Boleh juga menjadikan lafaz  الكتاب ini sebagai ‘badal’ kepada isim isyarah. Oleh itu jumlah (لا ريب فيه)  akan menjadi khabar kepada isim isyarah. Dengan itu ذلك الكتاب menjadi mubtada dan لا ريب فيه khabar.
 
( لا ريب فيه ) Lafaz لا dinamakan harf li nafyi l-jins. Oleh itu ريب menjadi isim mabni yang kekal dengan tanda fathah kerana ia berada di tempat nasab (fi mahalli nasb). Dalam hal ini ia adalah isim kepada لا. Manakala jar dan majrur (فيه) bermuatalliq dengan sesutau yang dihazafkan (contohnya seperti كائن). Justeru itu فيه adalah ‘khabar’ bagi isim لا. Dengan itu ayat لا ريب فيه akan menjadi khabar pula kepada ذلك atau ia boleh menjadi hal kepada الكتاب.
 
(هدى) – ialah khabar ketiga kepada ذلك . Secara berasingan boleh ditulis  ذلك الكتاب هدى للمتقين
 
(للمتقين) – ialah jar dan majrur yang bermuatalliq dengan هدى kerana هدى ialah masdar (yang sememangnya layak menjadi muta`allaq), atau boleh juga menjadikannya sebagai sifat kepada هدى. Iaitu هدى ثابتٌ للمتقين
 
(الذين) – ialah isim mausul pada kedudukan jar dan juga sifat kepad المتقين.
 
(يؤمنون) – ialah fi’il mudhari’ berkeadaan marfu’. Tanda rafa ialah subut (kekal) ن kerana ia tergolong dalam af’al khomsah (الأفعال الخمسة = lima kata kerja mudhari` yang ada nun). Manakala و pada يؤمنون pula ialah dhamir muttasil pada tempat rafa’ dan ia adalah fa’il kepada يؤمنون. Kalimah يؤمنون adalah jumlah fi’liyah dan tidak berada dalam keadaan I’rab (la mahalla laha mina l-i`raab) kerana ia adalah silah mausul.
 
(بالغيب) – ialah jar dan majrur yang bermuta’alliq dengan يُؤْمِنُونَ
 
(ويقيمون) –  Jumlah ini atof kepada jumlah يؤمنون dan termasuk dalam silah.
 
(الصلوة) – ialah maf’ul bih
 
( ومما) – Waw ialah huruf atof . Manakala مما ialah jar majrur yang bermuta’alliq dengan ينفقون .
 
(رزقنهم) – Kata kerja رزق ialah fi’il madhi, fa’ilnya نحن , maf’ul bihnya هم . Manakalah jumlah رزقناهم tidak berada dalam keadaan I’rab (la mahalla laha mina l-i`raab) kerana ia adalah silah kepada الذي) ما ). Sedangkan عائد (dhamir pengikat dalam silah) dihazafkan seperti : رزقناهم اياه
 
(ينفقون) – ialah fi’il muhari’ dalam keadaan rafa’. Ia ma’tuf kepada يقيمون dan masuk dalam ruang silah juga.
 
(والذين) - Waw ialah huruf a’tof . الذين ialah isim mausul yang ma’tuf kepada mausul yang awal, dan masuk bersamanya dalam jalur المتقين .
 
(يؤمنون) – ialah fi’il mudari’ yang berada dalam keadaan marfu’. Tandaو pada يؤمنون ialah fa’il (هم). Sedangkan jumlahnya tidak berada dalam keadaan I’rab (la mahalla laha mina l-i`raab) kerana jumlahيؤمنون adalah silah mausul.
 
(بما) – ialah jar majrur yang bermuata’alliq dengan يؤمنون .
 
(أنزل) – ialah fi’il madhil dalam binaan sighah majhul. Naib fa’il ialah dhamir mustatir (tersembunyi) secara taqdiri. Ia merujuk kepada ما ,iaitu : Al-quran. Jumlah ini tidak berada dalam keadaan I’rab (la mahalla laha mina l-i`raab) kerana ia adalah silah mausul.
 
(اليك) - ialah jar majrur yang bermuta’alliq dengan أنزل .
 
(وما) -  Waw ialah huruf a’tof dan وما ialah a’tof kepada بما أنزل اليك
 
(أنزل) – tidak berada dalam keadaan I’rab (la mahalla laha mina l-i`raab) kerana silah mausul.
 
(من قبلك) – ialah jar majrur yang bermutaa’lliq dengan sesuatu yang dihazaf. Ia adalah hal. Dan lebih elok jika di ta’liqnya dengan أنزل.
 
(وبالأخر) – Waw ialah huruf a’tof . بألأخرة ialah jar majrur yang bermutaa’liq dengan يوقنون .
 
(هم) – Dhamir munfasil dalam keadaan rafa’. Ia adalah mubtada’.
 
(يوقنون) – ialah fi’il mudhari’ yang marfu’. Manakala و pada يوقنون ialah tanda failnya (هم) . Jumlah ismiyyah ma’tuf kepada jumlah fi’liyyah iaitu و مما رزقناهم ينفقون.
*Akan datang rahsia tentang perbezaan antara kedua-dua jumlah dalam bab tentang balaghah.
 
(أولئك) – ialah isim isyarah yang mabni dan dalam keadaan kasrah pada kedudukan rafa’ (fi mahalli rafa`). Ia adalah mubtada’. Manakala huruh kaf (ك) merujuk kepada khitab (kata ganti nama diri ke-2).
 
(على هدى) – Jar majrur yang bermuta’alliq dengan sesuatu yang dihazafkan. Ia khabar kepada أولئك.
 
(من ربهم) – Jar majrur yang bermutaa’liq dengan sesuatu yang dihazafkan. Ia sifat kepada هدى.
Ayat أولئك على هدى من ربهم adalah dikatakan ayat isti`nafiyah (ayat baru yang bermula dari tengah) maka ia tidak berada dalam keadaan I’rab (la mahalla laha mina l-i`raab).
    
(وأولئك هم)  – Kalimah أولئك ialah mubtada’. Manakala هم ialah dhamir fasl (pemisahan iaitu memisahkan antara mubtada dan khabar yang ma`rifah). Ayat ini tidak berada dalam keadaan I’rab(la mahalla laha mina l-i`raab) .
 
(المفلحون) – ialah khabar kepada أولئك. Ia juga boleh diirab dengan menjadikan هم  mubtada, dan مفلحون khabarnya. Manakala jumlah ismiyyahnya yakni هم المفلحون khabar kepada أولئك.

 

  • July 1, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>