Fawaid Ayat 6-7 Surah Al-Baqarah


 

1.  Hamzah Taswiyah (hamzah yang menunjukkan kesamaan antara dua perkara) ialah hamzah yang terletak selepas ungkapan-ungkapan berikut:

 

i) سَوَآءٌ sama sahaja

Hamzah Taswiyah akan terletak antara kalimah سَوَآءٌ dan أَمْ seperti dalam ayat  سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ

 

iii) مَا أُبَالِي aku tidak kesah

Contohnya مَا أُبَالِي أَقُمْتَ أمْ قَعَدْتَ Aku tidak kesah samada kamu berdiri atau duduk

 

iv) مَا أَدْرِي aku tidak tahu

Contohnya مَا أَدْرِي أَزَيْدًا لَقِيتَ أمْ بَكْرًا Aku tidak tahu samada kamu bertemu Zaid atau Bakar.

 

v) لَيْتَ شِعْرِي aku harap aku mengetahui

Contohnya لَيْتَ شِعْرِي أَزَيْدٌ ثَمَّ أَمْ عَمْرٌو Aku harap aku mengetahui samada Zaid di sana atau Amr.

 

Kaedah untuk menentukan hamzah yang dimaksudkan adalah hamzah taswiyah ialah dengan mengetahui bahawa ayat yang terletak selepas hamzah boleh ditakwil masdar dan masdar itu boleh mengambil tempat ayat tersebut seperti di dalam ayat sebelum ini  سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ di mana ayat أَنْذَرْتَهُمْ boleh ditakwil dengan masdar إِنْذَارُكَ إِيَّاهُمْ.

 

2. Ada dua situasi اَمْ

i) اَمْ muttasilah

ii) ام munqati’ah

 

Pertama:

اَمْ muttasilah bermakna اَمْ bersambung. Ia dibahagikan kepada dua jenis

 

i)  اَمْ yang didahului oleh hamzah taswiyah seperti ayat,

سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ

 

ii) اَمْ yang berfungsi menuntut ditentukan salah satu antara dua kenyataan dalam ayat yang dimasukinya, contohnya:

أَزَيْدٌ فِي الدَّارِأَمْ عَمْرٌو؟

Zaidkah di rumah, atau ‘Amru?

atau `Adakah Zaid atau Amru yang berada di rumah?`

 

Ia dinamakan ام muttasilah yakni bersambung kerana kenyataan sebelum اَمْ tidak boleh dipisahkan daripada selepas اَمْ.

ام muttasilah juga dinamai ام mua`dalah kerana fungsinya setara dengan hamzah taswiyah di mana kedua-duanya mendatangankan makna taswiyah.

 

Kedua:

 

ام munqati’ah bererti terputus. Biasanya ia didahului oleh ayat lain yang tidak ada hubungan dengannya secara langsung. Contohnya dalam firman Allah:

تَنْزِيلُ الْكِتَابِ لاَ رَيْبَ فِيهِ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ, أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ

 

di mana أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ adalah ayat baru. Oleh itu أَمْ boleh diganti dengan kalimah بَلْ.

 

Dinamakan اَمْ munqati’ah kerana terputusnya hubungan di antara kenyataan sebelum dan selepas kedudukan اَمْ. Keadaan terputus ini menunjukkan setiap satunya adalah merupakan ayat yang berasingan.

 

 

  • August 23, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>