الحمد الله Sebagai Jumlah Insyai’yah

الحمد الله di dalam surah Al Fatihah pada asalnya merupakan Jumlah Ismiyyah Khabariyah yang digunakan secara Insyai’yah bagi menggambarkan pujian kepada Allah. Sifat isimiyyah yang daimumah, istimrar dan tsabit memberi makna segala puji-pujian yang berkekalan milik Allah swt.

اياك نعبد واياك نستعين mempunyai ciri-ciri fann  taqdim dari sudut balaghah. Kedudukan  اياك yang diletakkan di hadapan menunjukkan pengkhususan. Ia juga memisahkan unsur ibadat dan isti’anah supaya kedua-duanya difokuskan secara berasingan. Mendahulukan ibadat pula menunjukkan keutamaannya berbanding isti’anah yang merupakan semaian kepada ibadat yang dilakukan. Pemisahan dhamir ك  dari fi’il yang digunakan bersama kalima ايا merupakan kinayah kepada Isim Mukhattab (Allah). Pengulangan اياك adalah cara yang lebih fasih jika dibandingkan dengan hanya menggunakan satu sahaja اياك.

 

  • April 15, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>