Fawaid al-Fatihah

 

Di dalam surah ini terkandung faedah atau perkara-perkara penting yang terlalu banyak. Antaranya :

1. Alif Lam (ال) dalam perkataan الحمد (segala jenis pujian) ialah ال jins (جنس) dan inilah pendapat yang paling sahih. Ini kerana hakikat puji-pujian (yang merupakan ciri-ciri jins) itu sememangnya sabit untuk Allah samada manusia mengakuinya atau tidak.

 

2.Penamaan surah;

a) Al Fatihah- Dinamakan surah ini Al-Fatihah (Pembuka) kerana ia adalah awal Al-Quran dan ia berperanan sebagai Baraat Istihlal (abstrak atau seni pengenalan kepada keseluruhan Al Quran).

 

b) Ummu Al-Kitab- Dinamakan juga sebagai Ummu Al-Kitab kerana ia mengandungi pelbagai kisah-kisah agung (sesuai dgn um melahirkan pelbagai jenis anak). Ia diturunkan di Mekah (sesuai dgn nama Mekah Ummul Qura). Ini adalah pendapat yang paling sahih.

 

Antara nama-nama surah Al-Fatihah ialah:

c. Al Sab` Al Mathani, السابع المثاني (Tujuh yang berulang)

d. Al Wafiyah, الوافية (mencukupi)

e.Al Kafiyah,  الكافية (mencukupi)

f. Al Shafiyah, الشافية (yang mengubat)

g. Al Ruqyah, الرقية (yang mengubat)

h. Al Kanz, الكنز (gedung/khazanah)

i. al Asas, الاساس (asas)

 

3. Lafaz غير ialah lafaz muzakkar mufrad selamanya kecuali jika dikehendaki secara muannas maka diizinkan memuannaskan fi`ilnya yang dalam istilah nahu dikatakan `yang disandarkan ia pada fi`il tersebut`.

Contohnya dikatakan: قامت غير هند `Telah bangun selain daripada Hind` (di mana قامت dimuannaskan). Sedangkan kamu maksudkan غير itu ialah امرأة, perempuan (yakni selain drp Hind itu orang perempuan, bukan lelaki).

 

Makna (غير) : Asalnya adalah sifat yang bermakna Isim Fail yakni مغاير (isim fa`il bab فاعل iaitu مفاعل). Ia tidak akan ditakrif (menjadi khas) walaupun secara idhafah (yang merupakan salah satu bentuk takrif atau definite). Kadang-kadang غير digunakan untuk menyatakan `pengecualian` (istisna`) apabila mendokong makna َّاِلا sebagaimana dijadikan اِلا (yang asalnya utk istisna`) sebagai kata sifat jika keadaan memerlukan.

غير termasuk lafaz-lafaz yang sentiasa melazimi idhafah yakni sentiasa digunakan secara idhafah, samada idhafah itu secara lafzi atau taqdiri. Oleh itu salah jika memasukkan ال kepada غير.

 

4.Akhir Al-Fatihah hanyalah kata-kata ولاالضالين sahaja tanpa lafaz Ameen : Adapun lafaz آمين bukan termasuk ayat Al-fatihah dan bukan juga ayat Al-Quran secara mutlak. Dari segi tatabhasa ia adalah Isim yang bermakna Fi`il dengan makna “Perkenankanlah” (Fi`il Amar). Disunatkan menamatkan bacaan fatihah dengan آمين.

 

Ada 2 cara bacaan آمين iaitu dengan (i) memanjangkan (dengan mad) dan (ii) memendekkannya (taqsir).

 

Sebagai bukti berkata Abu Nuwas dalam syairnya dengan menggunakan bacaan mad آمين:

Tuhan telah berselawat kepada Lut dan pengikutnya

(Wahai) Abu Ubaidah katakan demi Allah ;  آمين.

 

Sebagai bukti juga berkata penyair yang lain (Jubair b. Adhbagh) menggunakan bacaan القصر (pemendekan):

Telah menjauhi aku Fathhal (nama orang) ketika aku memanggilya 

أمين, maka Allah telah menambah di antara kami kejauhan.

 

5.Kadang-kadang dikatakan dalam bentuk mengajukan persoalan `sesungguhnya orang mukmin sudah mendapat hidayah, maka apakah makna meminta hidayah lagi? `.

Jawapannya ialah: Yang dituntut di sini ialah `teguh/tetap dengan hidayah` atau `tambahan hidayah` bukan hanya semata-mata `hidayah`, ini bukan bermakna sesetengah manusia tidak mendapat `keteguhan atau tambahan hidayah` akan mengeluarkannya daripada kelompok `hidayah` itu sendiri. Yang tiada itu sifat hidayah sedangkan essence hidayah tetap ada. Ertinya orang mukmin tetap muhtaduuna walaupun sifat muhtaduuna kurang atau tiada. Kenyataan ini boleh dilihat daripada kebenaran hakikat berikut:

 

  • Matahari tetap matahari walaupun orang buta tidak nampak ia.
  • Madu tetap madu walaupun si bodoh itu tidak mengatakan rasanya manis.
  • Kekecewaan tetap kekecewaan, bagi orang yang dalam kehausan walaupun air penuh dilautan (kerana air laut sememangnya tidak boleh diminum).
  • Kekekcewan tetap kekecewaan, bagi orang yang tinggal dalam kegelapan walaupun bulan terang benderang di luar
  • Kekecewaan tetap kekecewaan bagi orang yang menjadi jahat walaupun kebaikan itu tetap ada 

 

6.Paling rajih ialah surah al Fatihah adalah surah yang pertama secara sempurna turun jika dibandingkan dengan surah-surah lain. Nabi saw telah mengarahkan para sahabat untuk menjadikannya terletak di awal Al Quran. Oleh itu telah terjadi ijmak yakni kesepakatan para sahabat dan generasi ulama seterusnya berkenaan perkara ini. Turunnya awal surah Al-Alaq iaitu اقرأ hanyalah dikira sebagai tamhid (pengenalan) kepada  permulaan wahyu samada wahyu ringkas atau panjang. Kenyataan ini sudah tentu tidak bercanggah dengan hakikat Al Fatihah sebagai `surah` pertama diturunkan. Imam Sayuthi berkata dalam kitab Al Itqan bahawa kronologi ayat-ayat yang pertama diturunkan mengikut pendapat ulama mengikut prioriti ialah:

1-  اقرأ باسم ربك  (Al-Alaq ayat 1)

2- يأيها المدثر  (Al Muddahtthir ayat 1)

3- الفاتحة

:

 

 

  • May 27, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>