Pemalingan Lafaz Ganti Nama (التفات)

Iltifaat

Ketika membaca Surah Al-Fatihah  suatu pemalingan (iltifat) pada penggunaan lafaz ganti nama berlaku. Bermula dengan ghaibah atau gha`ib (ganti nama diri ketiga) tiba-tiba berpaling kepada lafaz ganti nama mukhatab/khitab (ganti nama diri kedua) dan balik semula kepada ghaibah. Matlamat besarnya ialah untuk melahirkan keadaan agar sentiasa baru dan segar. Ada beberapa tujuan uslub ini digunakan. Pertama ialah untuk mencerdaskan minda kerana ia selari dengan uslub masyarakat Arab apabial mendeklamasikan syair mereka. Keduanya, menyediakan kelayakan untuk memohon sesuatu daripada Tuhan yang digambarkan oleh permulaan dengan pujian yang layak bagiNya. Ketiga, untuk menimbulkan perasaan bahawasanya, yang lebih utama bagi seseorang untuk berlindung dan memohon ialah dengan melakukan ibadat kepada Allah swt dan mengiktiraf sifat-sifat Uluhiyah yang hanya menjadi milikNya.

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم

Lafaz khitab iaitu dhamir ت digunakan secara langsung pada أنعمت untuk mengaitkan terus zat Allah dengan nikmat kurniaanNya. Manakala digugurkan lafaz khitab pada غضب bagi mengelakkan sifat marah dikaitkan dengan Allah secara langsung. Dengan berbuat demikian apa yang diharapkan ialah ia  menonjolkan sifat kasih sayang dan kelembutan Allah swt.

 

  • April 24, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>