Fasa-fasa Iltifaat dalam Surah Al-Fatihah

 Minggu 14

 

Pemalingan (Iltifaat) dari satu ganti nama ke ganti nama yang lain memberi makna balaghah dalam Bahasa Arab. Uslub atau gaya bahasa ini sudah menjadi kebiasaan di dalam syair-syair tinggi Arab.

 

Berikut ialah fasa Iltifaat yang berlaku dalam Surah al-Fatihah:

 

a)      Pemalingan dari lafaz ganti nama ketiga (ghaibah) kepada lafaz ganti nama  kedua (khitab) pada ayat (اياك نعبد واياك نستعين) selepas ayat (الحمدلله رب العلمين) kerana kedudukan puji-pujian (الحمد) lebih rendah daripada ibadat (نعبد). Apabila kita memuji seseorang teman, tidak semestinya kita menyembahnya. Maka digunakan lafaz ganti nama ketiga bagi (الحمد) kerana makna yang lebih umum. Penggunaan (الحمدلك) tidak sesuai kerana akan memberi makna yang lebih khusus.

 

b)      Apabila menyentuh soal ibadat, yang merupakan taraf ketaatan yang paling tinggi, Allah berfirman (اياك نعبد واياك نستعين), maka ibadat itu dinyatakan dengan lebih jelas untuk taqarrub kepada Allah. Penumpuan ini akan menghususkan ibadat hanya untuk Allah swt.

 

c)      Perkara yang sama berulang pada akhir surah. Firman Allah, (صراط الذين أنعمت عليهم), dizahirkan lafaz ganti nama kedua ت apabila mengaitkannya dengan nikmat Allah. Seterusnya (المغضوب عليهم) mengulangi gaya yang sama seperti sebelumnya tetapi berlainan arah iaitu dari lafaz ganti nama kedua (khitab) kepada ganti nama ketiga (ghaibah). Digugurkan ت untuk mengelakkan sifat marah dikaitkan kepada Allah secara langsung. Pengguguran ini menunjukkan sifat kasih sayang dan kelembutan Allah swt.

 

d)      Kemudian dibahaskan penggunaan nun (ن)  jamak pada (نعبد) dan ( نستعين) sedangkan penuturnya adalah seorang. Dalam syariah jual beli, seseorang yang menjual pelbagai barang dengan sekali akad, kemudiannya pembeli mendapati terdapat kecacatan pada sebahagian barangan itu, maka pembeli diberi pilihan samada untuk memulangkan keseluruhan barangan tadi atau menggunakan keseluruhannya, tidak boleh memilih sebahagiannya sahaja. Begitu halnya dengan ibadat yang naqis dan banyak kekurangan, tidak dipersembahkan kepada Allah secara perseorangan sebaliknya digabungkan keseluruhannya, dengan harapan ia akan diterima oleh Allah kerana sudah pasti ada sebahagiannya yang diterima. Ini dikiaskan kepada larangan Allah memulangkan sebahagian barangan pada hukum syariah jual beli tadi. Sudah pasti juga sifat yang sedemikian tidak layak bagi Allah swt.

 

 

  • May 1, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>