Bara’at al-Istihlal

 

Al-Fatihah ini merupakan Bara’at al-Istihlal (seni dalam pengenalan) bagi Al-Quran keseluruhannya. Ia termasuk di antara seni yang halus dalam ilmu Balaghah. Takrifnya ialah memulakan kalam dengan sesuatu yang menggambarkan maksud asal tanpa menyebutnya dengan jelas; tetapi hanya sekadar isyarat tertentu. Dari kamus Istihlal bermaksud mengangkat suara. Antara contoh ialah seperti syair Abu Tamam di permulaan qasidah “Fath al-‘Amuriyah

 
السيف أصدق انباء من الكتب

في حده الحد بين الجد واللعب

Pedang lebih benar beritanya dari sekalian kitab

Pada matanya ada mata yang membezakan antara mana itu erti  serius dan mana erti gurauan

 

Dimulakan dengan menyebut السيف yang mengisyaratkan kepada subjek asal kenapa disusunnya qasidah ini.

 

Abu Tayyib juga masyhur dengan bara’at al-matali’ (nama lain bagi bara’at al-istihlal). Antara karyanya yang hebat itu ialah.

 

أتراها لكثرة العشاق

تحسب الدمع خلقة في الماقي

Tidakkah kamu melihat dia, disebabkan ramainya pencinta,

Dia mendapati air mata (yang keluar drp mata pencinta2nya itu hanyalah bersifat) semulajadi (bukan kerana cinta) pada bahagian tepi mata mereka.

 

Ia mengisyaratkan subjek qasidah ini -iaitu berkenaan dengan cinta- dengan gaya yang indah ditambahkan lagi keindahan itu melalui makna yang baru yang dihasilkan iaitu dengan mengira air mata yang keluar daripada bahagian tepi mata secara semulajadi itu sebagai suatu yang indah dan cantik.

 

  • May 16, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>