Isti’arah Tamsiliyyah

 

 

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ

 

1. Merujuk kepada ayat ini, perkataan ختم (menutup) telah disandarkan kepada قلوب (hati) iaitu mengaitkan perbuatan `menutup` dengan `hati`. Menyandarkan perkataan ختم kepada قلوب ialah satu bentuk Isti’arah Tamsiliyyah.

 

Dalam ayat ini, hati orang-orang kafir diumpamakan seperti hati orang yang telah ditutup oleh Allah dengan suatu tutupan iaitu seperti hati binatang. Kesamaan ini adalah dari segi penolakan mereka kepada kebenaran dan tidak mahu mendengar kepada kebenaran tidak ubah seperti binatang.

 

Kaedah pentashbihan ini juga disebut sebagai tashbih sesuatu yang ma’qul dengan sesuatu yang mahsus. (hati mereka = ma`qul; hati binatang = mahsus)

 

Ia juga disebut sebagai Majaz ‘Aqli (pelaku perbuatan bukan hakiki).

 

Majaz berbentuk tamsiliyah seperti ini banyak digunakan oleh orang-orang Arab seperti kata-kata mereka:

i)سَالَ بِهِمُ الوَادِي Mereka telah dihanyutkan oleh wadi yang membawa maksud ‘mereka telah musnah atau mati’

ii)طَارَتْ بِفُلاَنٍ الْعَنْقَاءُ Si Fulan telah diterbangkan oleh Anqa` (burung yang besar yang tak wujud dalam alam nyata) yang bermaksud ‘dia telah lama tidak muncul’

 

Walaupun disebut Allah menutup hati orang kafir, hakikatnya orang-orang kafir sendiri yang menutup hati mereka kerana tidak mahu menerima hidayat. Inilah yang dikatakan majaz.

 

2. Allah juga telah menggunakan perkataan سَمْعٌ dalam bentuk tunggal (singular) kerana mempertimbangkan hakikat sesuatu yang didengar itu satu sahaja iaitu suara. Namun tidak pula kepada قُلُوب (hati) dan أَبْصَار (penglihatan) yang menggunakan bentuk jamak. Hal ini kerana mempertimbangkan hati yang mempunyai pelbagai jenis lintasan. Begitu juga penglihatan banyak benda yang dilihatnya.

 

Pendapat lain tentang kenapa perkataan سَمْعٌ digunakan dalam bentuk tunggal adalah kerana ia berbentuk masdar. Masdar tidak terikat dengan bilangan. Ia boleh digunakan untuk tunggal maupun untuk jamak.

 

3.Perkataan عَذَاب digunakan dalam bentuk nakirah atau umum. Di sini ia memberi isyarat bahawa ‘azab’ Allah itu umum tidak diketahui kuantiti dan kualitinya.

 

Perkataan عَذَاب yang disifatkan dengan perkataan عَظِيم sebenarnya untuk mengelakkan manusia menganggap azab itu sesuatu yang ringan atau jarang-jarang berlaku.

 

Selain daripada itu tujuan disifatkan dengan sifat عَظِيم adalah untuk ta’kid iaitu menguatkan kenyataan bahawa azab itu sampai ke tahap yang sangat dahsyat kerana nakirahnya عَذَاب sudahpun menunjukkan `besar`.

 

  • August 21, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>