Kedudukan Kitab Irab Al-Quran

Kedudukan Kitab Irab Quran Wa Bayanuhu

Sheikh Darwish telah menghabiskan umurnya yang panjang untuk menghasilkan karya Irab berserta tafsir ini sehingga keluarlah kitab yang dianggap sebagai satu pakaian ilmiyah yang bersih. Sesiapa yang membeleknya akan mengetahui kelusan ilmu beliau, susah payah yang ditanggung oleh beliau dan usaha yang beliau gunakan untuk mengumpulkan material dan menyusun tajuk-tajuk perbincangannya.

Perkara pertama yang terlintas dalam hati sesiapa sahaja yang melihat kitabnya ini akan mendapati dirinya bukan hanya melihat kepada Irab Quran sahaja malah ia sebenarnya melihat satu ensklopedia Al-Quran. Ia mencangkupi syarah ayat-ayat Quran, sejarah, kesusteraan, fekah dan hukum hakam iaitu tambahan kepada asal subjek kitab ini iaitu Irab Quran.

Ia teramasuk di kalangan kitab yang paling hebat dalam subjek Irab Quran di zaman moden ini. Zaman yang amat memerlukan sebuah perpustakaan Al-Quran yang komprehensif. KItab ini telah mengumpulkan ilmu-ilmu seperti lughah, tafsir, irab, balaghah, bahagian-bahagian sejarah, asbabun nuzul dan sebagainya.

Kitab yang komprehensif ini sebenarnya hanyalah satu natijah daripada umur pengarangnya yang bergelut dalam lautan kajiannya yang luas dan kesungguhannya bersama-sama dengan kitab-kitab turath yang merupakan peninggalan warisan tamadun Arab  samada yang menyentuh nahu, saraf maupun balaghah. Hasilnya beliau telah menemui satu warisan yang besar yang mempunyai ciri-ciri keistemewaan dengan sifat integrasi dan matang.  Oleh itu beliau merasakan perlu untuk mengumpul dan menyusunnya semula. Beliau menyediakan diri untuk memilih mana yang dirasakannya perlu daripada turath ilmu nahu Quran dengan menggunakan bahasa yang mudah, idea yang jelas, penjelasan yang tidak berbelit yang menusuk ke dasar pemikiran manusia dengan mudah dan senang.

 

 

 

  • November 27, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>