Lughah Ayat 8-9 Surah Al-Baqarah

Perbahasan Dari Sudut Lughah

(الناس) dinamakan isim jamak jenis yang tidak mempunyai bentuk mufrad daripada binaan hurufnya sendiri. Ada dua pendapat ulama tentang asal usul (maddah) perkataan ini. Pertama pendapat Sibawaih dan Farra`. Kedua pendapat Kisai.

Maddah الناس menurut Sibawaih dan Farra`ialah huruf hamzah, nun dan sin. Hamzah dihazafkan dan ia menyalahi kaedah iaitu shaz. Asalnya ialah أُنَاسٌ. Lafaz yang asal ini digunakan dalam Al Quran dalam surah Isra ayat 71: يوم ندعوا كل أناس بإممهم.

Menurut Kisai maddahnya ialah huruf nun, waw dan sin. Iaitu diterbitkan daripada masdarnya نَوْسٌ nausun bermakna pergerakan. Disebut dalam kamus نَاسَ يَنُوسُ نَوْسًا  bergerak ke kiri dan ke kanan. Oleh itu masdarnya نَوْسٌ bermakna  tazabzubu s-shai fi l-hawaa` iaitu mundar mandirnya sesuatu di udara.

Antara penggunaan Arab lafaz ini ialah: نوس القرط في الهواء nausu l-qarti fi l-uzuni iaitu bergeraknya subang di telinga. Atas dasar ini nama Abu Nuwas أبو نواس mengambil maddah nun, waw dan sin. abu Nuwas digelar sedemikian kerana dia memilki dua ikatan rambut yang berjuntai di telinganya. Nama sebenarnya ialah Hasan b. Hani`. Hal ini disebut kerana sesetengah kamus atau mu`jam moden hari ini konfuse dalam meletakkan asalnya. Ada yang memasukkannya ke dalam maddah hamzah, nun dan sin (أنس) dan ada pula ke dalam maddah nun, waw dan sin (نوس). Mereka seolah-olah telah menyebabkan pelajar dan peneliti hilang di kawasan terasing yang tidak mempunyai jalan untuk keluar.

(يخدعون) Masdarnya خِدَاعٌ. Asal makna خِدَاعٌ ialah menyembunyikan. Daripada makna ini keluarlah  Arab perkataan أَخْدَعَانِ dalam penggunaan yang bermakna urat pembuluh yang tersembunyi di bawah leher. Begitu juga مَخْدَعٌ iaitu bahagian dalam rumah. Kemudian خداع digunakan dengan makna `menzahirkan apa yang bukan sebenarnya yang ada dalam dirinya`.

 

  • November 27, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>