Lughah Ayat 9 Surah Al-Baqarah

Sambungan sudut Lughah (page 45)

 

يشعرون) شُعُور) ialah memahami sesuatu  dengan cara yang halus dan tersembunyi. Perkatan ini diambil daripada masdar شِعْرٌ melontarkan syair kerana halus sifatnya.

 

Makna lain bagi شُعُورٌ ialah memahami sesuatu menggunakan pancaindera atau deria (حَاسَّة). Kata شُعُورٌ diambil juga dari kata شِعَارٌ iaitu bermakna baju bahagian dalam yang menyentuh tubuh yang mempunyai erti tersembunyi.

 

Contoh penggunaan Arab yang mempunyai unsur makna ini ialah : مَشَاعِرُ الْإِنْسِانِ bersamaan dengan makna  حَوَاسَةُ الْإِنْسِانِ deria manusia.

 

Dari sudut kata kerja  kata شَعَرَ بِالْأَمرِ dari wazan bab نَصَرَ (شَعَرَ يَشْعُرُ)atau كَرُمَ  شَعُرَ-يَشْعُرُ) ( sama maksud dengan عَلِمَ بِهِ dan فَطَنَ لَهُ  iaitu faham tentang perkara itu.

 

Daripada perkataan شَعَر, maka dinamakanشَاعِرٌ  penyair itu sebagai شَاعِرٌ  kerana kepintarannnya dan kehalusan pengetahuannya.

 

Namun secara tahkik makna شُعُورٌ mencangkupi aspek makna memahami atau mengetahui sesuatu yang halus samada melibatkan perkara hissi (zahiri) maupun aqli (maknawi).

 

 (مَّرَضٌ ( مَرَضٌ : ialah masdar dari kata kerja مَرِضَ. Dari sudut bahasa ia digunakan untuk menggambarkan kelemahan dan kelesuan.

 

Orang Arab biasa menyebut kata-kata berikut:

  • الَمْرَضُ فِي الْقَلْبِ   lemah hati

  • الفُتُورُعَنِ الْحَقِّ : tidak dapat menyatakan kebenaran

  • الَمْرَضُ في البدن =  فُتُورُ الْأَعْضَاءِ lemah anggota

  • الَمْرَضُ في العين lemah penglihatan

 

Ia juga suatu yang indah yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu. Ia didendang oleh para penyair seperti kata penyair Ibnu Arabi:

 

عَلِّلاني بِذِكْرِهَا عَلِّلاَنِي ……… مَرَضِي مِنْ مَرِيضَةِ الْأَجْفَانِ

 

Kesakitanku pada sakitnya kelopak mata (menyebabkan tidak dapat tidur dek mengingati kekasih)……. kerana itu biarkan aku (sibuk) menyebut kekasihku itu..biarkan.. [ertinya berzikir mengingati Allah di malam hari]

 

Kadang kala مَرَضٌ juga disebut untuk membawa maksud kegelapan seperti kata penyair Abu Hayyah Numairi:

 

فَمَا يَحُسُّ بِهَا نَجْمٌ وَلاَ قَمَرٌ ……. فِي لَيْلَةٍ مَرِضَتْ مِنْ كُلِّ نَاحِيَةٍ

 

Pada suatu malam yang gelap, disegenap penjuru….. Sehinggakan bulan dan bintang pun tidak merasainya.

 

Irab

(ومن الناس) – Huruf و (waw) dinamakan sebagai waw isti’nafiyyah (استئنافية) iaitu waw yang menunjukkan permulaan ayat.

 

Permulaan ayat ini menyebut tentang orang-orang munafik iaitu orang yang beriman dengan lisan (lidah) sedangkan hati mereka kufur.

 

Allah SWT telah membuka surah ini dengan menyebut pada awalnya berkenaan golongan ‘muttaqin’ (bertaqwa) diekori dengan menyebut golongan yang ‘kafir secara zahir dan batin’. Kemudiannya Allah menyebut golongan ‘munafik’.

 

من الناس ialah jar majrur yang bermuta’aliq dengan sesuatu yang dihazafkan iaitu khabar muqaddam.

 

(من)- ialah isim mausul pada kedudukan rafa’ dan ia adalah mubtada’ muakhhar. Selain itu ia boleh menjadi مَنْ dari jenis nakirah mausufah (نكرة موصوفة), juga pada kedudukan rafa’ dan sebagai mubtada’ muakhhar.

 

Seolah dikata seperti ini, ada sejenis manusia…. (ومن الناس ناس).

 

(يقول) – fi’il mudhari’ yang marfu’. Fa’ilnya pula ialah dhamir mustatir secara taqdir iaitu هو. Ia adalah jumlah fi’liyyah yang tiada irab (لا محل لها من الاعراب) dan juga silah kepada kata من –jika menjadi mausulah. Ia boleh dikatakan juga sebagai sifat jika sekiranya  من nakirah mausufah.

 

(ءامنا)- ialah fi’il dan fa’il. Ia juga jumlah fi’liyyah pada kedudukan nasab kerana ia kata-kata kepada si penutur. (‘kata-kata penutur’ dianggap sebagai objek).

 

(بالله)- ialah jar majrur yang bermuta’alliq dengan آمن.

 

(وباليوم) ialah ‘ataf kepada بالله .

 

(الأخر) na’at kepada يوم .

 

(وما) – Huruf waw ialah waw haliyyah. ما pula ialah ما نافية حجازية (ma nafiyyah hijaziyyah) yang beramal dengan amalan ليس .

 

(هم)-ialah dhamir munfasil pada kedudukan rafa’. Ia juga isim ما.

 

(بمؤمنين)- ‘ba’ ialah huruf jar za`id (tambahan) untuk taukid, tetapi hakikatnya di dalam Al-Quran tiada huruf jar za`id tetapi ia hanya sebagai istilah nahu. Sedangkan di sisi ahli balaghah ia sesuatu yang sangat perlu.

 

Ia juga jumlah ismiyyah pada kedudukan nasab kerana menjadi hal.

 

(يخدعون) ialah fi’il mudhari’ dan tanda rafa’, iaitu subut nun (nun yang kekal) kerana ia termasuk dalam af’al khamsah. Manakala huruf waw pula tanda fa’il. Ia juga ‘jumlah fi’liyyah musta’nafah’ iaitu jumlah fi’liyyah yang bermula di pertengahan ayat.

 
  1. Contohnya jika dikatakan ; ‘ لم يتظاهرون بالايمان؟ ( Mengapa mereka menzahirkan keimanan?) Maka dijawab, “يخادعون “(kerana mereka hendak menipu).

  2. (atau) Kemungkinan juga ia menjadi “hal” yang mana sahibul hal ialah dhamir tersembunyi,seperti dalam ayat; Dia berkata, “ مخادعين الله والذين آمنوا “ ****

 

(الله)  ialah maf’ul bih kepada يخادعون.

 

(والذين) ataf kepada Allah.

 

(ءامنوا)  jumlah fi’liyyah; pada kedudukan tidak boleh diirab, kerana ia silah mausul.

 

 (وما) waw ialah waw haliyyah dan “ما” ma nafiyyah.

 

(يخدعون) ialah fi’il mudhari’ marfu’. Tanda rafa’ ialah subut nun (kekalnya nun) dan و ialah fa’ilnya.

 

(الاّ) ialah adat hasr

 

(أنفسهم) – ialah maf’ul bih. Ha’ (ه)  pada kedudukan jar beserta idhafah.

 

(وما) – huruf و  ialah huruf ataf atau isti’naf dan ما ialah ma nafiyyah.

 

(يشعرون) – ialah fi’il mudhari’ marfu’. Ia juga jumlah ‘ataf kepada ayat “و ما يخدعون”

 

 
  • December 26, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>