Muqadimah: Irab Perhiasan Kalam

 

Di samping itu, kerana perbezaan yang halus antara bentuk-bentuk makna Al-Quran maka dapatlah dikatakan bahawa Irab adalah umpama perhiasan dan sulaman kepada kalam. Para ulama telah memuji ulama yang pakar dalam ilmu Irab dan alim tentang bentuk-bentuk Irab dan makna-makna yang terdapat di dalam Al-Quran. Adapun seorang alim yang tidak mengetahui Irab dan ilmu-ilmu Al-Quran yang lain maka dia dan orang seumpamanya akan mudah lupa kepada kepelbagaian qiraat Al-Quran jika ditakdirkan ia hidup panjang. Ini kerana lafaz-lafaz Al-Quran tidak utuh tertambat bersama makna dalam dirinya.

 

Dalam kes ahli nahu, tidak dapat diragukan lagi, bahawa ahli nahu yang mampu mengemukakan bentuk-bentuk Irab bagi sesuatu teks tanpa mempedulikan ketepatan makna yang dimaksudkan dianggap sebagai ahli nahu yang tidak memahami kerjayanya dan sudah tentu ia tidak melambangkan kemuncak keilmuannya.

 

Sesungguhnya usaha menjelaskan makna ayat-ayat Al-Quran menjadi pilihan bagi kebanyakan mufassir dan ulama yang alim dalam ilmu Irab. Mereka inilah yang telah memperkayakan khazanah ilmu turath Islam kita dengan karangan yang begitu banyak dalam bidang Nahu dan Irab. Disamping itu, mereka juga menerangkan silah atau hubungan yang kuat antara Al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab. Hubungan antara Al-Quran dan bahasa Arab ini merupakan nilai yang paling besar yang mengangkat bahasa mereka orang-orang Arab. Tiada seorang alimpun mengetahui kesan yang lebih mendalam melebihi kesan hubungan atau silah ini.

 

Sesungguhnya jika diberi pilihan, perkara yang paling aula akan dicadangkan oleh akal manusia dan yang paling tinggi akan dituruti oleh hati untuk mencapainya ialah sudah tentu (i) perkara yang memudahkan untuk memahami Kitab Allah yang diturunkan kepada manusia dan (ii) perkara yang kerananya makna hadith Nabi yang diutuskan menjadi jelas. Ini kerana Kitab Allah dan Hadith Nabi merupakan wasilah untuk mencapai kebahagian yang kekal abadi dan juga merupakan cara untuk memperolehi maslahah-maslahah keagamaan dan keduniaan. Semua ini berasal daripada kenyataan bahawa: `Ilmu bahasa Arab adalah petunjuk kepada arah yang betul`.

 

 

  • July 23, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>