Muqadimah: Mencungkil Rahsia Al-Quran

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan manusia dan mengajar mereka kalam untuk mereka bertutur dan menulis. Semoga Allah merahmati penghulu kita, Muhammad saw yang berketurunan Adnan; keluarga baginda; sahabat-sahabat baginda; dan orang yang mengikuti mereka dengan limpahan kebaikan di dunia dan akhirat.

 

Mereka yang dipercayai di kalangan ulama umat ini tidak putus-putus mengeluarkan makna-makna yang terdapat dalam Al-Quran yang disifatkan sebagai tanzil itu. Mereka mengali rahsia-rahsia yang terdapat di dalamnya. Mereka juga terjun ke dasar kefahamannya yang sukar dimengertikan. Hakikatnya, Al-Quran itu adalah hammalah (pembawa segala pembawa) yang mempunyai banyak wajah pentafsiran. Kenyataan itu merujuk – untuk mengukuh Al-Quran – kepada dalamnya dasar Al-Quran dan kukuhnya dalil tentang kemukjizatan Al-Quran yang merupakan:

 

Seperti bulan purnama, daripada mana kamu pandang, kamu akan melihatnya…..ia akan memberi petunjuk kepada kedua-dua mata kamu dengan cahaya(nya) yang menembusi

Seperti matahari di tengah-tengah langit, cahayanya…..akan memenuhi negeri-negeri samada di timur maupun di barat

 

Umar ra berkata: belajarlah kamu semua tentang sunnah, ilmu faraid dan lahn sebagaimana kamu belajar Al-Quran juga.

 

Makna kata-kata Umar tentang lahn itu ialah: belajarlah kamu tentang `ilmu gharib kalimah bahasa Arab` dan `ilmu nahu` kerana dengan mengetahuinya akan menjuruskan pengetahuan kepada ilmu gharib Al-Quran, makna-makna Al-Quran, Hadith dan Sunnah. Sesiapa yang tidak mengetahui ilmu ini hakikatnya dia tidak mengetahui sebahagian besar Kitab Allah SWT, tidak dapat melaksanakannya dan tidak mengetahui sebahagian besar Sunnah Nabi saw.

 

Hal ini disokong oleh kenyataan Imam Zamakshari yang merupakan seorang ahli bahasa yang hebat dalam pendahuluan kitabnya yang berjodol Al-Mufassal. Kata beliau: “Kamu tidak akan menemui satupun ilmu daripada ilmu-ilmu Islam samada ilmu fekah, ilmu kalam, ilmu tafsir dan ilmu hadith melainkan keperluan ilmu itu kepada bahasa Arab adalah sesuatu yang jelas yang tidak boleh ditolak; terbuka sehingga tidak boleh ditutup lagi wajahnya. Seseorang itu akan melihat bahawa perbincangan dalam sebahagian besar ilmu Usul Fekah dan segala masalah yang ada di dalamnya bergantung kepada ilmu Irab”.

 

  • July 2, 2013
  • Basooir
  • Lesson

Discuss

adenan

assalamualaikum   terima kash afadhil us. di atas pengajaran ini, ia banyak membantu saya untuk memahami kitab ini.    syukran, jazakumullah khairan kathira adenan



Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>