Pengulangan Lafaz dan Makna

 

7. Berlaku pengulangan (takrir) pada ayat   يؤمنون بالغيب dan يؤمنون بما أنزل إليك kerana isim mausulnya berkongsi mausuf yang sama المتقين. Di sini berlaku pengulangan yang sama dari segi lafaz  bukan makna walupun mausufnya sama. Kadangkala pengulangan sebegini juga berlaku pada kes-kes lain yang mausufnya berbeza.  Kaedah pengulangan bertujuan memberi penekanan dan kesan yang mendalam pada emosi pembaca. Uslub sebegini banyak ditemui di dalam syair-syair klasik.

 

8. Penghazafan berlaku pada lafaz  الم  yang asalnya هذه الم  Ini adalah الم” dan pada lafaz هدى  yang asalnya هوهدى Ia adalah petunjuk”. Kedua-duanya dihazafkan mubtada. Manakala pada lafaz  ينفقون  dihazafkan kalimah  المال . Asalnya  ينفقون المال menafkahkan harta”.

 

Penyair Arab begitu memberi perhatian terhadap amalan infaq pada jalan kebaikan sebagaimana indahnya kata-kata Di’bal Al-Huza’i:

 

قالت سلامت: أين المال؟ قلت لها

المال -ويحك- لاقى الحمد فاصطحبا 

 

 

Berkata Salamah “Manakah harta?”

Balasku padanya “Harta, celaka kamu!, kan ia sudah bertemu dengan pujian lalu terus bersahabat dengannya”

 

Maksud Di’bal ialah, dia telah melakukan perkara terpuji dengan menginfaqkan hartanya.

 

9. Seni pencirian (Husn al-Taqsim): merupakan satu seni daripada cabang balaghah yang menunjukkan penguasaan penggunanya (mutakalim) terhadap pelbagai ciri-ciri makna, di mana apabila membuat klasifikasi dia tidak akan mengabaikan apa jua pembahagian yang mungkin.

 

Ayat 1-5 Surah Al-Baqarah ini contohnya mencakupi keseluruhan sifat-sifat terpuji dan ibadat yang perlu dimiliki dan diamalkan oleh seseorang mukmin. Ini kerana ibadat terbahagi kepada dua bentuk iaitu:

 

a. Ibadat Badaniyah (Tubuh Badan)

b. Ibadat Maaliyah (Harta)

 

Mukmin perlulah berlumba-lumba melakukan semua ibadat ini supaya diterima oleh Allah.

 

Betapa indahnya hadith Rasulullah (saw)

 

يقول العبد: مالي، مالي، وإنما له من ماله ثلاث: ما أكل فأفنى، أو لبس فأبلى، أو أعطى فاقتنى، وما سوى ذلك فهو ذاهب وتارك للناس

 

Hamba Tuhan berkata” Hartaku! Hartaku! Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan harta yang menjadi miliknya hanya tiga perkara sahaja (i) apa yang telah dia makan maka ia akan habis (utk kesihatannya) atau (ii) apa yang telah dia pakai lalu menjadi lusuh (untuk perlindungannya) atau (iii) apa yang telah dia sedekahkan maka ia akan hilang (menjadi pahala untuknya).  Selain drpd itu harta tersebut akan pergi begitu sahaja dan menjadi peninggalan untuk org lain.”

 

HR Muslim

 

Lafaz  مالي  yang pertama ialah maf’ul bihi kepada fi’il yang dihazafkan iaitu أحب  “Aku mencintai” dan lafaz  مالي  yang kedua ialah taukid kepada مالي  yang pertama.

 

 

  • July 26, 2013
  • Basooir
  • Lesson

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>