Terjemahan dan Perbendaharaan Kata Lengkap I’rab Al-Fatihah

 

Teks terjemahan ini adalah kesinambungan kepada siri terjemahan yang terdahulu berdasarkan kitab I’rab Al-Quran Al-Karim wa Bayanuhu oleh Muhyidin Al-Darwish. Ia disediakan oleh para pelajar Basooir setelah mengikuti kelas pada setiap minggu dan disemak oleh Maulana Zaharudin Nawi.

 

Bahagian kedua mengemukakan terjemahan Irab Al-Fatihah pula. Selain terjemahan, di sisipkan juga makna perkataan-perkataan pilihan beserta tasrifnya.

 

Antara yang terkandung di dalamnya adalah:

 

…Di dalam surah ini terkandung faedah atau perkara-perkara penting yang tidak terhingga banyaknya. Kami  akan kemukan apa  yang penting  darinya sahaja:

 

1.Alif Lam (ال) ) pada perkataan الحمد ialah ال jins (  جنس bermakna segala jenis) dan inilah pendapat yang paling sahih. Ini kerana hakikat segala puji-pujian (juga bermakna segala jenis pujian) itu sememangnya nyata milik Allah (samada  manusia  mengakuinya atau tidak).

 

2. Dinamakan surah ini Al-Fatihah (Pembuka) kerana  ia adalah awal Al-Quran dan ia berperanan sebagai Baraat Istihlal (abstrak atau seni pengenalan kepada keseluruhan Al Quran). Dinamakan juga sebagai Ummu Al-Kitab kerana ia mengandungi pelbagai kisah-kisah agung (sesuai  dengan ‘um melahirkan pelbagai jenis anak). Ia diturunkan di Mekah (sesuai dgn nama Mekah Ummul Qura). Ini adalah pendapat yang paling sahih.

 

Antara nama-nama surah Al-Fatihah ialah

 

• Al Sab` Al Mathani, السابع المثاني Tujuh yang berulang,

• Al Wafiyah, الوافية  - yang mencukupi,

• Al Kafiyah,  الكافية  - yang mencukupi,

• Al Shafiyah, الشافية  - yang mengubat,

• Al Ruqyah, الرقية  - yang mengubat,

• Al Kanz, الكنز  - gedung/khazanah,

• Al Asas, الاساس – asas

 

…Akhir Al-Fatihah hanyalah kata-kata ولاالضالين sahaja tanpa lafaz Ameen. Adapun lafaz آمين bukan termasuk ayat Al-fatihah dan bukan juga ayat Al-Quran secara mutlak. Dari segi tatabhasa ia adalah Isim yang bermakna Fi`il dengan makna “Perkenankanlah” (Fi`il Amar). Disunatkan menamatkan bacaan fatihah dengan آمين .

 

Ada 2 cara bacaan آمين iaitu dengan

(i) memanjangkan (dengan mad) dan

(ii) memendekkannya (taqsir).

 

Sebagai bukti berkata Abu Nuwas dalam syairnya dengan menggunakan bacaan mad آمين….

 
Muat turun PDF di sini untuk membaca terjemahan penuh.

Terjemahan Irab Al-Fatihah

 

Disusun oleh Al-Ukht Mariam Sarbini.

 

 

Terus ke Modul Pengajian di sini.

  • September 9, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>