Huruf

 

Susunan huruf bahasa Arab terdiri daripada dua bahagian.

1-Susunan secara Hijai

2-Susunan secara Abjadi

Susunan Hijai ialah susunan biasa yang sudah diketahui umum iaitu bermula dengan alif, ba, ta, tha, jim, ha, ho sehinggalah huruf ya. Ia terdiri daripada 29 huruf. Jika diperhatikan, huruf-huruf ini kebanyakannya disusun mengikut bentuk huruf . Bentuk huruf akan kelihatan jika titik dibuang daripadanya. Ini sesuai dengan penggunaan ungkapan Arab yang menjadikan makna hija sebagai `bentuk` seperti kata-kata mereka

هذا عَلَى هِجَاءِ هذا yang ini sama bentuk dengan yang ini.

Huruf yang sama bentuk itu boleh dikelaskan mengikut kelompok-kelompok berikut:

a. ب, ت, ث = ٮ

b. ج, ح, خ = ح

c. د, ذ = د

d. ر, ز = ر

e. س, ش = س

f. ص, ض = ص

g. ط, ظ = ط

h. ع, غ = ع

i. ف, ق = ٯ

 

Atas dasar inilah susunan alif, ba, ta….dinamakan susunan hijai.

Huruf-huruf lain iaitu alif, kaf, lam, mim, nun, ho, wa, hamzah dan ya tidak mempunyai ciri kesamaan bentuk.

Susunan secara abjadi terdiri daripada 28 huruf . Hurufnya sama dengan huruf hijai tetapi tanpa huruf alif secara berasingan. Namun siri susunannya berlainan dengan susunan hijai. Susunannya mengikut sejarah asal-usul huruf bahasa Arab. Ia dikatakan berasal daripada gabungan huruf-huruf daripada bahasa Sam dan bahasa Arab. 22 huruf berikut dikatakan bersal daripada bahasa Sam dan dinamakan huruf sami (حروف سامية):

 أ، ب، ج، د، هـ، و، ز، ح، ط، ي، ك، ل، م، ن، س، ع، ف، ص، ق، ر، ش، ت

Manakala 6 huruf lagi dikatakan asal huruf yang ditambah oleh orang Arab untuk melengkapkan sebutan yang mereka gunakan dan ia dinamakan huruf rawadif (حروف روادف) iaitu:

ث، خ، ذ، ض، ظ، غ

Huruf-huruf ini disusun mengikut kalimah-kalimah berikut

أَبْجَدْ هَوَّزْ حُطِّي كَلَمُنْ سَعْفَصْ قَرَشَتْ ثَخَذَ ضَظَغَ

Abjad, Hawwaz, Hutthi, Kalamun, Sa`fas dan Qarashat dikatakan mereka yang mula-mula meletakan asas penulisan bahasa Arab. Mereka datang dari kawasan lain kemudian tinggal bersama dengan Bani Adnan dan akhirnya menjadi sebati dengan budaya Arab. Oleh itu mereka menamakan huruf berdasarkan huruf-huruf pada nama mereka. Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa mereka ini adalah raja-raja Madyan. Zamakshari mengatakan Abjad nama pemerintah Mekah. Hawwaz dan Hutthi pemerintah Waj di Taif. Manakala Kalamun, Sa`fas dan Qarashat pemerintah-pemerintah Madyan.

Manakala Thaghaza dan Dhazagha ialah kalimah yang mengambarkan huruf-huruf tambahan yang diciptakan oleh Arab untuk melengkapkan huruf-huruf abjad di atas.

 

Huruf-huruf abjad ini diberi nilai yang dinamakan sebagai hisabu l-jummal (حساب الجمل) seperti hamzah bernilai 1, ba bernilai 2, jim bernilai 3, dal 4, ho 5, waw 6, zai 7, ha 8, tho 9, ya 10, kaf 20, lam 30, mim 40, nun 50, sin 60, ghain 70, fa 80, sad 90, qaf 100, ra 200, shin 300, ta 400, tha 500, kha 600, zal 700, dhad 800, zho 900 dan ghain 1000.

 

Antara penggunaan nilai huruf ini adalah untuk menyatakan siri spt a, b,c ….; i, ii, ii, ii….;1,2,3…dan sebagainya dengan huruf alif, ba, jim…….. Ia juga digunakan untuk menyatakan tarikh seperti tahun 1996 boleh diungkapkan dengan berbagai-bagai ayat yang jika dikira semua hurufnya akan berjumlah 1996. Ungkapan بسم الله الرحمن الرحيم misalnya berjumlah 786 dan banyak digunakan oleh orang-orang Islam di India. 

 

Terus menonton video pengajian di bawah.

SILIBUS

 

 TajukMasa
01Huruf-Rangka Am10:34
02Huruf Hijaiyyah13:46
03Huruf Abjadiyah13:22
04Sejarah Pengasasan Huruf 15:26

 

Modul Penuh Pengajian di sini

 

  • June 27, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>