Keunikan Metadologi Hafazan Al-Quran Deobandi

 

 

 

Petikan dari artikel:

 

…Dalam kaedah ini, pertama kalinya setiap pelajar diletakkan dalam beberapa kumpulan yang khusus. Setiap kumpulan tersebut mempunyai seorang guru dan beberapa pelajar antara 15 hingga 20 orang. Umur pelajar dalam setiap kumpulan tersebut tidak sama iaitu antara umur 12 hingga 17 tahun. Penentuan kumpulan tersebut telah ditentukan dalam mesyuarat pihak ustaz. Dalam seminggu, 5 hari digunakan untuk proses menghafal Al-Quran iaitu hari Sabtu hingga Rabu. Manakala pada hari Khamis, waktu pagi hingga zohor sahaja terdapat kelas hafazan, dan di sebelah petangnya pelajar diberi rehat. Hari Jumaat adalah cuti umum dan pelajar digalakkan keluar berdakwah. Salah satu keistimewaan kaedah Deobandy ini ialah terdapat Kelas Nazirah atau Pra Tahfiz yang diwujudkan untuk pelajar-pelajar yang masih lemah dari sudut pembacaan Al-Quran. Kelas ini diadakan untuk membantu pelajar melancarkan bacaan Al- Quran sebelum menghafaznya. Kelas ini dikhaskan bagi pelajar yang masih lemah dalam pembacaan Al-Quran, manakala pelajar lain diletakkan dalam kelas tahfiz biasa. Dalam kelas ini, pelajar diberi peluang untuk membaiki bacaan dari segi tajwid, fasahah, kelancaran, dan tarannum Al-Quran. Setiap pelajar perlu membaca Al-Quran dengan melihat mushaf Al-Quran sambil disemak oleh ustaz yang mahir dalam bidang tajwid Al-Quran…”

 

Artikel disediakan oleh beberapa ilmuan Al-Quran dan Hadith dari pelbagai institusi pengajian. Antaranya Sedek bin Ariffin, Sabri bin Mohamad Shaharuddin bin Saad, Mohd Zaini bin Zakaria, Nik Md Saiful Azizi bin Nik Abdullah dan Mohd Sa’di bin Md Said.

 

Muat turun PDF di sini.

Keunikan Metadologi Hafazan Al-Quran Deobandi

  • September 17, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Penyelidikan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>