Mukhtarat Al-Arabiyyah

Muat turun PDF di sini.

 
PDF Mukhtarat Arabiyyah

Kalau tidaklah kerana buku Mukhtarat Arabiyyah nescaya saya tidak mampu untuk memasuki universiti seperti UIA di peringkat MA walaupun memiliki ilmu agama yang boelh dikatakan cukup untuk mengikuti pengajian di peringkat ini kerana kekangan bahasa. Pada zaman saya belajar di Darul Uloom Deoband bahasa Arab yang diajar hanya untuk memahami kitab turath yg menyentuh ttg ilmu-ilmu agama. Penekanan lebih kpd nahu, saraf dan mengingati mufradat melalui bahan bacaan yg lebih kpd syair. Bahan-bahan bacaan moden dan kalam nathar kurang diberi perhatian malah hampir tenggelam.

 

Oleh kerana waktu itu saya sudahpun matang berbanding dengan pelajar-pelajar India yang rata-rata umur mereka spt budak sekolah menengah maka saya sempat berfikir untuk mengatasi masalah tersebut. Kitab Mukhtarat Arabiyyah yg menjadi silibus di peringkat takhassus Adabul Arabi di Darul Uloom menjdi pilihan saya untuk mendampinginya. Saya mengusahakan utk membaca dan mempelajarinya 5 tahun lebih awal drp pelajar India yg sekelas dgn saya. Malah tak sampai satu percent pun di kalangan mereka yang ada rezeki untuk mempelajarinya kerana kitab itu diajar selepas graduate!!!!.

 

Selepas mempelajari kitab ini barulah saya yakin sedikit dgn bahasa, yakni bahasa Arab sebagai alat perhubungan. Jika mahu berhubung dgn universiti ada bahasa yg perlu diketahui yg digunakan oleh mereka. Jika mahu berhubung dgn madrasah atau pondok ada bahasa yg perlu diketahui yang digunakan oleh mereka. Pokoknya kitalah yg bertanggungjawab mempelbagaikan kebolehan kita.

 

Hari ini saya seperti budak yang bekerja di kedai photostat kerana berkhidmat kepada kitab Mukhtarat yang saya pernah gunakanya dahulu. Dulu kitab ini berkhidmat kpd saya. Sekarang tibalah masanya saya berkhidmat untuknya. Dari pagi saya cuba scan kitab tersebut yang mengandungi 200 lebih mukasurat dengan menggunakan CanoScanLide 100 yang manual itu. Pukul 11 malam baru habis, nonstop. Kitab yang sudah tercerai kulitnya menyukarkan utk scan dgn selesa. Terasa kebas tangan. Bagaimanalah orang kerja photostat buku yg bertimbun-timbun itu.

 

Oleh kerana ramai pelajar Basooir memberi respon untuk membuat latihan daripada kitab ini maka saya amatlah gembira. Saya gembira kerana mereka mendahului perancangan saya kerana buku ini sememangnya akan menjadi silibus video Basooir. Yang nyata saya gembira kerana saya dapat berkhidmat kepada kitab ini . Ertinya berkhidmat kepada bahasa Arab. Berkhidmat kepada bahasa Al-Quran. Moga-moga ia akan memberi manfaat kepada semua orang dan menjadi saham untuk penulisnya dan orang yang berbuat sesuatu untuk menyebarkan kebaikannya di Hari Akhirat.

 
- Maulana Zaharudin Nawi
  • January 29, 2014
  • Basooir
  • Lesson / Penyelidikan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>