Khabar (Hadith) Aziz

 


 

Takrif:

Dari segi bahasa: sifat musyabbahah daripada عَزَّ يَعِزُّ (‘azza ya’izzu) iaitu sedikit dan jarang atau daripada عَزَّ يَعَزُّ (‘azza ya’azzu) kuat dan bersangatan. Dinamakan demikian samada kerana sedikit kewujudannya dan jarang ataupun samada kerana kekuatannya kerana ia datang dari tariq (sanad) yang lain.

 

Dari segi istilah: Khabar atau hadith yang bilangan perawinya tidak kurang daripada dua orang di kesemua peringkat sanad

 

Huraian takrif:

 

Iaitu perawi-perawinya tidak kurang dari dua orang pada setiap tabaqat sanad. Sekiranya didapati pada sesetengah sanad tiga orang atau lebih itu tidak mengapa dengan syarat ada dua orang perawi walaupun pada satu peringkat kerana yang diambil kira ialah had minimum mana-mana peringkat sanad.

 

Definisi ini merupakan definisi yang rajih sebagai mana yang diputuskan oleh Hafiz Ibnu Hajar. Sebahagian ulama berpendapat hadith Aziz ialah periwayatan dua orang atau tiga orang. Dengan itu mereka tidak mengasingkan hadith Aziz daripada hadis masyhur dalam beberapa bentuk takrif hadith masyhur yang disentuh sebelum ini.

 

Contohnya:

 

Hadith yang diriwayatkan oleh

(a) Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada hadith Anas dan

(b) Imam Bukhari sahaja daripada hadis Abu Hurairah [yakni dua tabaqat sahabat, (1) Anas dan (2) Abu Hurairah] bahawa Rasululah s.a.w bersabda:

 

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ، ووالده ، والناس أجمعين

 

Tidak sempurna iman seseorang dari kalangan kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada bapanya, anaknya dan sekalian manusia.”

 

Hadis ini seperti dalam (a) riwayat Bukahari dan Muslim telah diriwayatkan daripada

1- Anas oleh dua oran anak muridnya (1) Qatadah dan (2) Abdul Aziz bin Suhaib, berikutnya drp

2- Qatadah oleh dua orang anak muridnya (1) Syu’bah dan (2) Said, berikutnya drp

3- Abdul Aziz oleh dua orang anak muridnya (1) Ismail bin Ulaiyyah dan (2) Abdul Warith, berikutnya drp

4- Syu`bah, Said, Ismail dan Abdul Warith oleh ramai perawi yakni bukan lagi dua-dua orang anak murid.

 

Kitab Berkenaan Yang Masyhur:

 

Ulama tidak menulis karangan yang khusus berhubung dangan hadith Aziz. Yang jelasnya ialah kerana bilangan hadith aziz sebegini sedikit didapati dan juga kerana tidak didapati faedah yang penting daripada penulisan itu.

 

  • June 13, 2013
  • Basooir
  • Lesson

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>