Muqaddimah Mustalah Hadith

Ringkasan Sejarah Perkembangan Ilmu Mustalah dan Zaman-Zaman Yang Dilaluinya.

 

Dalil tentang penaqalan ilmu periwayatan telah sedia ada di dalam Al-Quran dan Hadith. Tokoh-tokoh seperti Al-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah, juga Imam Ahmad, meriwayatkan hal ini dalam kitab-kitab agung mereka. Kesemuanya menegaskan tentang asas-asas periwayatan sebarang hadith mahupun perkhabaran, perlulah dengan penelitian yang tinggi. Setiap satunya perlu disaring dengan cermat sehingga hujung rantai periwayatan.

 

Berpegang kepada dalil-dalil tersebut, tidak hairanlah para Sahabat (r.a.) begitu tegas dan berhati-hati ketika menaqalkan mahupun mengqabulkan hadith. Mereka begitu peka dengan sebarang kecacatan pada periwayatan bagi menjaga kesuciannya. Dari sini muncullah perbincangan-perbicangan tentang isnad dan nilainya seperti yang boleh kita temui dalam Muqaddimah  Muslim.

 

Bertitik tolak dari sini juga munculnya ilmu-ilmu seperti Jarh wa Ta’dil, Kalam ‘Ala Ruwah dan sebagainya untuk mengklasifikasikan perawi-perawi hadith kepada yang adil atau dhaif. Walaubagaimanapun perbincangannya berkadaran sahaja memandangkan tidak ramai perawi yang majruh pada masa itu.

 

Perkembangan ilmu melahirkan ramai ulama-ulama dalam bidang ini. Tatkala ini muncul pula perbahasan tentang lebih banyak ilmu berhubung dengan periwayatan hadith itu sendiri dari sudut penjagaannya serta kaifiat tahammul dan ada’. Selain itu turut dibincangkan tentang hadith-hadith nasikh dan mansukh juga hadith-hadith gharib dan selainnya. Akan tetapi ia berlaku di kalangan ulama secara lisan sahaja.

 

Apabila ilmu-ilmu ini terus berkembang, ia mula dibukukan tetapi pada kitab-kitab berasingan. Perbincangannya juga terpisah dan topiknya bercampur aduk dengan ilmu-ilmu fiqh dan hadith yang lain. Fenomena ini boleh dilihat dalam kitab-kitab seperti Al-Risalah dan Al-Am oleh Imam As-Syafie.

 

Akhirnya, setelah ilmu-ilmu ini matang, cabang-cabangnya diperincikan dengan lebih mendalam. Ia berlaku di sekitar kurun ke-4 Hijrah. Ulama-ulama mula mengasingkan Ilmu Mustalahah ke dalam kitab-kitabnya yang tersendiri. Antara yang terawal dalam bidang penulisan ilmu ini ialah Al-Qadiy Abu Muhammad Al-Hassan Ar-Ramahurmuziy yang wafat pada tahun 320 H. Beliau menulis kitab Al-Muhaddith Al-Faasil baina Al-Raawi wa Al-Waa’i.

 

 

  • April 16, 2013
  • Basooir
  • Lesson

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>