BASOOIR: Mustalah Al-Hadith 03
Ilmu Mustalah Hadith
Ilmu mengenai kaedah atau usul untuk mengetahui hal ehwal sanad dan matan dari segi penerimaan atau penolakannya.
Bidang Pengkhususan
Berkenaan dgn Sanad dan Matan juga dari sudut penerimaan dan penolakan.
Faedah
Untuk membezakan antara hadith sahih dan hadith yang tidak sahih
Takrif Hadith
Sudut Bahasa : Baru, dijamakkan dengan أحاديث tanpa mengikut kaedah.
Makna Istilahi : Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah saw sama ada percakapan, perbuatan, takrir atau sifat
Takrif Khabar
Sudut Bahasa : Berita, jamaknya أحبار
Makna Istilahi : Ada 3 pendapat
i) Sinonim dengan hadith
ii) Hadith datang dari Rasulallah (saw) manakala khabar tidak
iii) Maksud yang lebih umum iaitu berita yang datang dari Rasulullah (saw) ataupun tidak
Takrif Athar
Sudut Bahasa : Baki bagi sesuatu
Makna Istilahi : Ada 2 pendapat
i) Sinonim dengan hadith
ii) Sesuatu yang disandarkan kepada sahabat dan tabi’in sama ada ucapan atau perbuatan
Takrif Isnad
Ada dua pengertian
i) Mengaitkan hadith kepada pengucapnya dengan secara bersanad
ii) Turutan perawi-perawi yang sampai kepada matan; makna yang sinonim dengan sanad
Takrif Sanad
Sudut Bahasa : Tempat bergantung, dinamakan sedemikian kerana perawi bergantung kepada hadith
Makna Istilahi : Turutan perawi-perawi yang bersambung hingga ke matan
Takrif Matan
Sudut Bahasa : Tanah yang keras dan tinggi
Makna Istilahi : Ucapan pada akhiran sanad
Takrif Musnad
Sudut Bahasa : Isim Maf’ul dari أسند dengan erti menyandarkan dan menisbahkan sesuatu padanya.
Makna Istilahi : Mempunyai tiga makna
i) Kitab-kitab yang mengumpulkan riwayat-riwayat sahabat secara berasingan
ii) Hadith marfu’ muttasil yakni bersambung sanadnya.
iii) Semakna dengan sanad oleh itu perkataan musnad adalah masdar mimi
Takrif Musnid
Seorang yang meriwayatkan hadis dengan bersanad sama apa dia memahaminya atau semata-mata meriwayatkan
Takrif Muhaddith
Seorang yang berkecimpung dalam ilmu hadis riwayah dan dirayah dan mengetahui kebanyakan riwayat-riwayat hadis serta mengenali keadaan perawi-perawinya
Takrif Al-Hafiz
Ada dua pendapat
i ) Sinonim dengan muhaddith di sisi kebanyakan ahli hadith
ii) Seorang yang lebih tinggi kedudukan daripada muhaddith iaitu pengetahuannya terhadap riwayat dalam setiap tabaqat lebih banyak daripada yang tidak diketahuinya.
Takrif Al-Hakim
Mengikut sebahagian ulama ia bermakna seseorang yang ilmunya yang meliputi kesemua hadis sehingga tidak terlepas daripadanya kecuali beberapa hadis sahaja
Leave a Reply