Syarah Miatu Amil

 

 

 

 

Syarah Miatu Amil (HighQ) 13MB Syarah Miatu Amil (MedQ) 6MB Syarah Miatu Amil (LowQ) 4MB

 

 

Abdul Qahir Jurjani adalah seorang imam dalam ilmu Nahu dan Balgahah. Beliau telah menulis sebuah kitab ringkas yang unik dalam ilmu Nahu di mana beliau telah mengumpulkan seratus amil atau agen-agen nahu yang bertanggungjawab mengubah baris atau keadaan kalimat dalam ayat. Kitab ini telah mendapat sambutan yang hangat di kalangan alim ulama.

 

Ramai yang mengambil inisiatif untuk memberi khidmat kepada kitab ini samada dengan mengajarnya atau menulis tentangnya dalam bentuk makalah ilmiah, syair, syarah dan hasyiah.

 

Antara kitab syarah yang hebat berkenaan dengan kitab "Miatu Amil" yang dijadikan silibus di pusat-pusat pengajian agama ialah syarah yang ditulis oleh Mulla Abdul Rahman Jami yang berjudul "Syarah Miatu Amil". Beliau juga seorang tokoh dalam nahu. Beliaulah orang yang menulis kitab "Syarah Jami" atau juga terkenal dengan nama "Fawa`id Dhia`iyah" yang merupakan syarah kepada kitab nahu "Kafiah" oleh Ibnu Hajib. Walaupun begitu ada juga yang berpendapat bahawa kitab "Syarah Miatu Amil" ini dikarang oleh Sayyid Syarif Jurjani, pengarang kitab "Nahu Mir", bukannya Mulla Abdul Rahman Jami.

 

Saya telahpun menulis sedikit coretan tentang kitab "Syarah Miatu Amil" dalam blog Ibnu Nawi kira-kira tujuh tahun yang lalu. Alhamdulillah setelah tujuh tahun barulah saya diberi kesempatan untuk mengajar kitab ini kepada pelajar Basooir di Subang Perdana. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua dan menjadi amal jariah untuk hari akhirat.

 

 Pengajian Masa
01Muqaddimah48:27
02Pembahagian Amil40:47
03Bab Pertama: Huruf Jar 0147:51
04Bab Pertama: Huruf Jar 021:30:14
05Bab Pertama: Huruf Jar 03 (Harf إلى dan حتى) 1:33:34
06Bab Pertama: Huruf Jar 04 (Harf على وفي وعن) 1:05:27
07 Bab Pertama: Huruf Jar 05 (Harf كاف ومذ ومنذ ورب وواو القسم وحاشا وخلا وعدا) 1:35:52
08Huruf Musybahah bil Fi’il, ما dan لا seperti ليس dan Huruf Yang Hanya Menasabkan Isim1:35:12
10Isim Penasab Isim Nakirah dan Isim Fi’il1:14:22
  • July 23, 2014
  • Basooir
  • Lesson

Discuss

Dr Baharom

Seperti biasa, segala pertanyaan tiada jawapan.


Dr Shamsudin Ab Latif

Assalamualaikum Ustaz, Nama saya Shamsudin dan tinggal di Kemuning Utama, Shah Alam. Bagaimana saya boleh mendapatkan buku-buku dan nota-nota pelajaran Bahasa Arab yang diajar oleh Ustaz. Dan juga bagaimana saya boleh mengikuti kuliah bahasa Arab di Subang Perdana? Terima kasih. Dr. Shamsudin Ab Latif  



Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>