Terjemahan dan Perbendaharaan Kata Lengkap I’rab Ta’awuz dan Basmalah

Teks terjemahan ini berdasarkan kitab I’rab Al-Quran Al-Karim wa Bayanuhu oleh Muhyidin Al-Darwish cetakan Al-Yamamah. Terjemahan ini disediakan oleh para pelajar Basooir setelah mengikuti kelas pada setiap minggu dan disemak oleh Maulana Zaharudin Nawi. Pada bahagian pertama ini terjemahan bermula dengan Ta’awuz sehingga Basmalah. Selain terjemahan, di sisipkan juga makna perkataan-perkataan pilihan beserta tasrifnya. Antara yang terkandung di dalamnya adalah:

 

Teks Arab

(الله)

علم لا يطلق إلا على المعبود بحقّ خاص لا يشركه فيه غيره وهو مرتجل غير مشتق عند الأكثرين واليه ذهب سيبويه في أحد قوليه فلا يجوز حذف الألف واللام منه وقيل: هو مشتق وإليه ذهب سيبويه أيضا ولهم في اشتقاقه قولان

 

Terjemahan

(الله) : (Kalimah) Allah adalah isim ‘alam, tidak digunakan melainkan untuk yang disembah dengan haq dan khusus, yang selain drpdnya tidak boleh menyekutukan penyembahannya. Ianya lafaz murtajal, bukan kata terbitan di sisi kebanyakan ulama. Sibawaih condong kepada pendapat ini, dalam satu daripada dua qaulnya. Tidak boleh dihazafkan alif dan lamnya. Dan dikatakan (dalam satu pendapat lagi) ianya adalah mushtaq – ini juga merupakan pendapat Sibawaih. Ahli lughoh mempunyai dua pandangan tentang terbitan (kalimah Allah)    

 

Fawaid

Dalam basmalah ada beberapa faedah yang tidak harus seseorang tidak mengetahuinya:

(a)  Ketahuilah bahawa basmalah adalah satu ayat daripada surah الحمد. Ia adalah satu ayat dari setiap awal-awal surah di sisi Imam Syafie. Sebaliknya, di sisi Imam Malik, ia bukan satu ayat daripada mana-mana surah. Di sisi Imam Abi Hanifah dan Imam Ahmad Hanbal, ianya adalah satu ayat daripada awal Fatihah, tetapi bukan sedemikian pada surah-surah lain. Penghujahan tersebut dihuraikan di dalam kitab-kitab fiqh dan tafsir, maka rujuklah kepadanya.

 

Muat turun PDF di sini.

Terjemahan I'rab Basmalah dan Ta'awuz

Disusun oleh pelajar Basooir,  Abu Luqman dan Mariam Sarbini.

 

Terus ke Modul Pengajian di sini.

  • April 2, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>