Irab Hadith – Zaad al Tolibiin 08

Hadith 16
السواك مطهرة للفم مرضاة للرب

Siwak ialah pembersih mulut dan sarana untuk mendapatkan redha Allah

 

Riwayat Al-Imam Al-Syafie dari Aisah (r.a) seperti disusun dalam Musnadnya oleh Muhammad Abid Al-Ansari.Begitu juga  ditakhrijkan oleh Al-Darimi dan Al-Nasai’ (Bab Taghrib Siwak) dan disebut oleh Al-Bukhari secara muallaq dalam Kitab Puasa.

Mulla Ali Qari menyatakan bahawa المطهرة  ialah masdar mimi yang membawa makna isim fa’il  manakala المرضاة membawa makna penyebab kepada keredhaan Allah.

 

Hadith 17
الغيبة اشد من الزنا

Mengumpat itu lebih besar dosanya daripada berzina

 

Ditakhrijkan oleh Al-Baihaqi dalam Shu’ab Al-Iman dalam Bab Hafaz Al-Lisan

 

Hadith 18
القرآن حجة لك أو عليك

Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu

 

Ini merupakan keratan daripada hadith yang diriwayatkan oleh Muslim pada permulaan Kitab Taharah. Maknanya, jika seseorang membaca Al-Quran dan mendapat manfaat daripadanya, maka Al-Quran akan menjadi pembela baginya pada hari kiamat dan bersaksi dengan keimanannya.  Akan tetapi Al-Quran juga boleh menjadi pendakwa terhadapnya jika sekiranya seseorang itu berpaling daripada Al-Quran dan lalai ke atas hak-hak yang dibawa oleh Al-Quran itu.

 

  • April 24, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>