Irab Hadith – Zaad al Tolibiin 09

 

 

النساء حبائل الشيطان

Wanita itu adalah jerat yang diguna oleh syaitan.

Pengarang kitab Mishkat merujuk hadith ini dalam Kitab Al-Riqaq kepada riwayat Razin dari Huzaifah (r.a). Hadis ini disebut oleh al-Sakhawi dalam kitabnya al-Maqasid al-Hasanah (Hadith no.586)  dengan katanya hadis:

 

الشباب شعبة من الجنون، والنساء حبالة الشيطان

 

Kepemudaan itu adalah cabang kepada kegilaan dan wanita itu adalah jerat yang diguna oleh syaitan.

 

Ditakhrij oleh Abu Nu’aim dalam kitab Hilyatu al Auliya dari Abdul Rahman bin ‘Abbas ;Ibnu Laal dari Ibnu Mas’ud (r.a);  Musnad al-Dailami dari Abdullah bin ‘Amir (r.a) dalam hadith yang panjang;  Juga disebut oleh al-Taimiy dalam kitab al-Taghrib diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid dengan hadith marfu’ yang sama. Walaubagaimanapun ulama takhrij mengatakan sanad hadith ini dhaif.

 

Telah berkata al-Shakhawi, حبالة dibaca dengan baris kasrah bermakna apa sahaja yang digunakan sebagai alat berburu, jamaknya ialah حبائل. Beginilah yang banyak diriwayatkan.

 

Hadith ini disokong dengan apa yang ditakhrijkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Usamah bin Zaid (r.a) yang berkata, telah berkata Rasulullah (saw) “Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih besar mudaratnya kepada lelaki, melainkan  fitnah wanita”

 

Syaitan menggunakan wanita untuk memburu lelaki dan menjadikan wanita sebagai sebab untuk menyesatkan mereka

 

  • May 16, 2013
  • Basooir
  • Lesson / Tafaqquh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


You may use these HTML tags and attributes: %s
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>